Jumaat, 20 Mei 2022

RASUAH SATU FITNAH

 



Wang kepada Zahid

 untuk dana politik,

 kata bekas pengarah 

Ultra Kirana

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu wang yang diberikan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) kepada bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan politik.

Ia bukannya rasuah kata bekas pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun ketika sesi soal balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Zahid dalam perbicaraan kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Semalam, Lee memberitahu mahkamah semalam bahawa syarikatnya membayar secara tunai dalam Dolar Singapura setiap bulan kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung Kontrak VLN.

Sementara itu ketika disoal seorang lagi peguam Zahid, Ahmad Zaidi Zainal sama ada sumbangan politik itu adalah untuk Umno, saksi itu berkata menurut kefahaman beliau ia adalah untuk kerajaan yang memerintah.

Saksi ke-15 pendakwaan itu juga bersetuju dengan Zaidi beliau tidak dapat menerangkan perjalanan beliau atau memberikan bukti menunjukkan beliau ke rumah Zahid untuk menyerahkan wang itu.

Zaidi: Bila anda ke Country Height, Kajang tiada siapa boleh masuk tanpa kad akses dan pemandu perlu mendaftar di pondok pengawal. Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanya kepada awak mengenai butiran itu?

Lee: Tidak

Lee juga bersetuju dengan Zaidi bahawa SPRM tidak pernah mengarahkan beliau mengemukakan sebarang bukti seperti penyata Touch ‘n Go untuk menunjukkan beliau pergi ke kediaman Zahid.

Sebelum ini, semasa membacakan pernyataan saksinya, beliau berkata UKSB tidak pernah membuat pembayaran dalam akaun Umno dan tiada resit dikeluarkan atau sebarang pengesahan mengenai pembayaran itu.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian dalam negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa meminta S$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.

SEMUA FITNAH

SEMUA TOHMAH

INI BUKAN 

KES RASUAH

AMIN

APA YANG JELAS

MAHKAMAH 

DIBERITAHU

PARTI KETUANAN

MELAYU JADI BARUA

KEPADA CHINA

AMIN

SEBAGAI BARUA

MAKA

TOWKAY CHINA

BERI DUIT

TIAP BULAN

AMIN

INI FAKTA

BUKAN FITNAH

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: