Politik korup, Melayu muflis, negara gagal
SAYA melibatkan diri dalam politik ini pada asalnya, hanya ikut-ikutan, bukan kerana minat atau bakat. Namun, selepas itu saya sedar bahawa politik mesti ada tujuan yang jelas. Saya memilih menyertai usaha politik kerana saya percaya pada usaha membangunkan negara bangsa.
Kepercayaan ini muncul apabila saya mempelajari bagaimana tokoh-tokoh hebat boleh muncul seperti Al-khawarizmi, Ibnu Sina, Imam Syafei, Michelangelo, P. Ramlee, Picasso, Bill Gates, Micheal Schumacher dan lain-lain yang menjadi minat saya.
Malah saya begitu cemburu melihat kehebatan tamadun di kota-kota Andalusia, Baghdad dan lain-lain.
Jika mengkaji sejarah, kita akan menyedari bahawa selain faktor bakat dan ilmu, tokoh-tokoh ini muncul apabila wujud suasana sosial yang kondusif—-suasana yang ada budaya ilmu dan persekitaran sosial yang progresif.
Tanpa suasana ini, tak mungkin akan lahir tokoh dan peradaban yang hebat. Mungkin juga kerana itu, kita sering mendengar anak Malaysia berjaya diluar negara. Kenapa luar negara? Apa ada di sana? Kenapa tidak di dalam negara?
Justeru, menyertai usaha membangunkan negara bangsa ini adalah untuk mewujudkan satu suasana ekonomi dan sosial yang maju dan kondusif kepada semua.
Namun, usaha ini rupanya amat sukar. Kerja membangunkan negara bangsa ini menuntut pengorbanan dan pertanggungjawaban yang bukan main-main dan sekejap; sebelum kita mengajak rakyat berubah, kita sendiri harus berubah dan menjadi contoh.
Bagaimana DEB disalah guna
Untuk memahami cabaran mewujudkan sebuah negara bangsa, kita harus sedar cabaran utama. Di mana saja di dunia ini, masalah utama manusia ialah kemiskinan. Kemiskinan akan menyebabkan masalah dalam pendidikan, kesihatan, kebajikan dll.
Menurut Marxis, punca utama kemiskinan adalah apabila berlakunya pengagihan kekayaan dan pendapatan yang tidak sekata. Dengan kata lain, ketidakadilan agihan kekayaan ini berpunca dari masalah politik.
Memahami masalah itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) muncul untuk memperkasa kumpulan majoriti dalam negara iaitu kaum Melayu yang tercicir dari kemakmuran negara. DEB yang diperkenalkan pada 1971 itu juga banyak kelemahannya.
Kelemahan itu sebenarnya lebih tertumpu kepada proses agihan atau penyampaian yang lemah dan korup, bukan salah pada objektifnya.
Kelemahan ini menyebabkan objektif DEB gagal dicapai seperti yang diharapkan. Keadaan ini semakin buruk apabila usaha dalam DEB telah disalahgunakan atau dimanipulasi oleh rejim Kleptokrat dengan menggunakan wang untuk tujuan ‘kuasa politik’, bukan untuk memakmur dan memajukan kaum Melayu yang masih miskin dan tercicir.
Selepas kejatuhan regim Kleptokrat ini, saya melihat usaha tersebut terabai oleh kerajaan Pakatan Harapan atas sentimen bahawa DEB bersifat perkauman oleh sesetengah parti dalam PH.
Dan kerana sikap dan sentimen ini jugalah menjadikan politik Malaysia tidak stabil malah bergolak dan berantakan.
Politik aliran kanan bertembung dengan politik aliran kiri dan sederhana dalam kerajaan PH. Akhirnya, usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu terus terabai.
Sebaliknya fitnah antara pemimpin, curiga-mencurigai dan pengkhianatan terjadi hingga akhirnya ‘checkmate’. Akhir kepada keributan ini, kerajaan tidak lagi stabil sehingga hari ini dan pada masa yang sama rakyat semakin hilang keyakinan pada ‘politik’.
Politik korup, bangsa muflis
Natijah daripada semua keributan ini, rakyat telah menunjukkan sikap mereka dalam setiap pilihanraya apabila peratusan keluar mengundi sangat rendah. Rakyat muak dan mungkin merasakan ‘politik’ tidak lagi boleh diharap untuk membantu hidup mereka.
Apabila semua parti politik korup, maka politik tidak lagi menjalankan fungsinya untuk rakyat. Politik yang telah korup akan menjadikan bangsa ini muflis.
Kenapa saya bercakap tentang Melayu? Kumpulan yang dikategorikan kumpulan B40 ini adalah majoritinya kaum Melayu.
Dan, jika kajian dibuat selepas pandemik ini, berkemungkinan besar B40 telah menjadi B60 atau B80. Majoritinya siapa? Melayu.
Jika teras dan kekuatan ekonomi Malaysia ini ada pada perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana PKS (SME), maka teras PKS (SME) ini adalah juga dalam kalangan kaum Melayu. Maka, masalah kemiskinan kaum Melayu adalah agenda nasional, bukan agenda perkauman.
Dalam konteks politik, memajukan kaum Melayu memerlukan integriti dan prinsip yang teguh, bukan wang. Hanya dengan jalan ini sahaja keyakinan rakyat kepada sistem politik boleh dikembalikan. Apabila sistem politik kembali berfungsi, rakyat akan memilih parti yang berintegriti dan benar-benar mahu berjuang untuk mereka.
Pada masa yang sama, orang Melayu sendiri harus sedar bahawa kemiskinan mereka bukan kerana Cina atau India, tetapi kerana Melayu menjadikan pemimpin dan parti yang korup sebagai ikutan.
Mengikut pemimpin dan parti yang korup akan menjadikan kita lupa pada makna dan istillah ‘budiman’. Etimologi ‘budiman’ seharusnya menjadikan Melayu manusia yang berbudi dan beriman (berintegriti dan yakin).
Tetapi jika kita berbudi pada “I’ll help you, you help me” dan kita beriman bahawa “cash is king”, akan tiba masanya negara ini menjadi sebuah negara yang gagal. – 22 Mei, 2022.
* Mahdzir bin Ibrahim,
ahli Parti Pejuang Tanah Air
2 ulasan:
Saudara Mahdzir Ibrahim
Sebelum jauh pergi menyalahkan orang lain, elok direnungkan kembali di sekeliling kita. Setelah lebih 60 tahun berhempas pulas menentang UMNO/BN akhirnya mereka tewas pada PRU14. Gabungan pembangkang telah melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Rakyat menaruh harapan tinggi agar suatu perubahan besar dilakukan terhadap tadbir urus negara, usaha-usaha memulihkan ekonomi serta menambahbaik perjalanan demokrasi serta kebebasan bersuara.
Sayangnya keutamaan-keutamaan tersebut diketepikan dan Tun Mahathir serta pemimpin-pemimpin PH yang lain kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa berpolitik dan mahu membolot kuasa. Akhirnya timbullah ungkapan bahawa MANIFESTO BUKANLAH KITAB SUCI. Mahathir lebih banyak menghabiskan masa di pejabat hingga lewat malam mencari helah supaya Anwar tidak dapat menggantikannya. Manakala Anwar dan anak-anak buahnya pula di samping sebuk berentap dengan kumpulan Azmin Ali, tidak henti-henti pula berkonsfirasi mendesak supaya orang tua itu meletakkan jawatan. Akhirnya, harapan rakyat musnah selepas 22 bulan kerajaan PH dijatuhkan melalui langkah Sheraton. PADAN MUKA HANGPA!
Jadi tidak perlulah menyalahkan orang lain...salahkan pemimpin sendiri yang gila kuasa dan tidak mengotakan janji kepada rakyat. Saya sempat mengunjungi pejabat Perdana Menteri (Tun M) semasa PH memerintah. Yang paling menyakitkan hati saya ialah, beliau masih dikerumuni oleh kroni yang sama...Syed Mukhtar, anak saudaranya Tan Sri Rahmat, Daim Zainudin, Tengku Ngah Putra, Vincent Tan....just to name a few.....semuanya berebut-rebut untuk membolot projek mega. Sebenarnya tiada apa yang berubah ....eloklah PH jatuh. Biarlah perompak penyamun berkuasa kembali...biarlah negara ini dicampakkan kepada anjing. Biarlah negara ini cepat menjadi Sri Lanka. ...aku pun sudah lama teringin bermain api....!
tak perlu bakar asap akan mencemarkan udara. sekarang ini memang dah panas.
rumah malaon sial anak razak ni patut dijadikan asrama anak sekolah atau kampus pengajian.
segala harta duit ringgit yang dimiliki secara haram mesti dirampas balik semula ke perbendaharaan.
untuk celaka sial najib dan suami dia ini dalam jel nanti bagi dia orang makan biscuit merry cicah kopi o ja. biar dia sedar ke diri tak tahu diuntung.
lepas itu giliran si zahid jawa, nazri rotweeleerrr azzezzzzzz, si shahir samad, ahmad maselan, ku nan, kak ijat lembu jadi kondo, etc
Catat Ulasan