Sabtu, 4 Jun 2022

ADA JALAN MUDAH


Kerajaan Kelantan perlu perjelas pembalakan di hutan simpan dara, kata Husam

BANYAK perkara yang perlu diperjelaskan kerajaan Kelantan selepas membenarkan sebuah syarikat milik kerajaan mengeri menjalankan aktiviti pembalakan di dua daripada 17 Hutan Simpan Dara (VJR) negeri itu, kata Husam Musa.

Bekas exco Kelantan itu berkata kerajaan PAS memberikan beberapa “ruang” kepada syarikat milik kerajaan negeri, Daulah Najah Sdn Bhd menjalankan aktiviti pembalakan.

“Daripada papan kenyataan (terletak di pinggir hutan), lesen pembalakan adalah dari 18 November 2021 hingga 17 Mei 2022.

“Kontrak pembalakan itu diberikan kepada Al Dar Resouces Sdn Bhd,” kata Husam sambil menunjukkan salinan media surat kelulusan yang ditandatangani Pengarah Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim pada 30 Januari 2018.

Dalam surat kelulusan itu, Husam berkata kerajaan negeri membenarkan Daulah Najah menjalankan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Sg Rek, Hutan dan Hutan Simpan Sg Durian membabitkan kawasan seluas 700 ekar (291 hektar).

Antara petak tanah yang diberikan, dua daripadanya – bernombor 26 dan 101 – ditetapkan sebagai VJR, kata Husam.

“Oleh itu, kerajaan Kelantan mesti menjelaskan bagaimana mereka boleh meluluskan VJR, yang dilindungi Akta Perhutanan 1967, untuk tujuan pembalakan, dan apakah hasil kepada negeri ini,” kata bekas naib presiden Amanah itu.

Husam, yang sebelum ini bersama PAS dan antara pemimpin pengasas parti serpihan Amanah, berkata kerajaan negeri juga perlu menjelaskan sama ada kontrak itu diberikan melalui tender terbuka atau sebaliknya.

Menurut Husam yang pernah mengetuai portfolio perhutanan di Kelantan, kerajaan negeri mempunyai kontraktor dan syarikat pembalakan sendiri.

“Kami akan menjalankan pembalakan sama ada sendiri atau tender terbuka. Jarang ada syarikat berasingan (walaupun milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan) untuk melakukan pembalakan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Katanya, semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pengarah Daulah Najah ialah exco Kelantan Hanifa Ahmad dan Azami Mohd Nor.

Adun Pengkalan Pasir, Hanifa adalah exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam industri, pelaburan dan perdagangan, manakala Adun Kadok Azami adalah exco pengangkutan dan infrastruktur.

“Selepas saya mendedahkan skandal pembalakan ini pada 2 Jun lalu, Jabatan Perhutanan Putrajaya merampas balak tersebut. Saya dimaklumkan ini dilakukan pasukan khas dari Putrajaya.

“Oleh itu, apa yang akan berlaku kepada rampasan ini,” kata Husam.

Di sebalik “pendedahan” beliau, Husam berkata kerajaan Kelantan atau jabatan perhutanan negeri tidak menafikan atau menjawab dakwaannya.

“Bolehkah kita mengharapkan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan, yang berasal dari PAS, untuk bertindak terhadap perkara ini?” kata Husam. – 4 Jun, 2022.


WOIT

JANGAN BANYAK

CAKAP

AMIN

TAK PERLU

BANYAK LETER 

ADA JALAN MUDAH

AMIN

SUSUN ATUR

BAWA RAKYAT

KE JALAN RAYA

AMIN

HANYA JALAN

RAYA BAWA

MENANG

PILIHAN RAYA

AMIN

WARGA KELANTAN

SEDANG MENUNGGU

AKSI BUKAN 

TUNGGU PUSSY

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menang pilihan raya.. kah kah kah. mengharap si bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Cakap cakap kosong tak jadi apa, kah kah kah, bab ini orang politik pandai, tin kosong, kah kah tin kosong bising bising habuk pun tarak bro, sejak awal zaman cakap tapi apa pun tak jadi, kalau Husam jadi MB dia pun sama jugak, sapu sama, kah kah kah sama specis sama jenis jenama sama semua

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Pak Lebai tak boleh dengar ayat DARA, mesti nak sapu. Bukan saja anak Dara, Hutan Simpan Dara pun ditarahnya. Itu sebab majoriti YB PAS kahwin lebih dari seorang, tak boleh dengar ayat DARA ni. Kàlau ada ayat Batu Kuari Dara pun dia sapu..