Khamis, 2 Jun 2022

DUA SEJOLI TEKAN SABRI

 


Zahid jawab PM, BN siap sedia hadapi PRU15

BARISAN Nasional (BN) sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang berkata PRU15 hanya akan diadakan apabila parti itu bersedia.

“Perdana menteri, kita dah siap siaga hadapi PRU15,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan di Konvensyen BN di Kuala Lumpur hari ini.

Bagi menegaskan pendiriannya, presiden Umno itu kemudian meminta kira-kira 5,000 perwakilan BN yang hadir untuk untuk bangun sekiranya mereka juga mahu PRU15 segera diadakan.

Gesaan itu mendapat respon positif perwakilan yang hadir di konvensyen yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ahmad Zahid kemudian bagaimanapun memberi jaminan akan mengadakan perbincangan dengan Ismail Sabri untuk menentukan tarikh pilihan raya umum tersebut.

“Walaupun ada yang mahukan kepastian bilakah pilihan raya akan diadakan, biarlah saya dan perdana menteri berbincang bagi menentukan jeda waktu yang terbaik untuk kita menghadapi PRU15,” kata Zahid.

Ahmad Zahid juga menggesa jentera BN membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, dengan tempoh lebih empat tahun sejak PRU14 berlangsung, PRU15 boleh berlangsung pada bila-bila masa sahaja sekaligus BN tidak boleh leka.

“Segala persiapan menghadapi PRU seharusnya sudah mencapai tahap tertinggi dan saya benar-benar berharap, semua komponen BN harus lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja teknikal pilihan raya.

“Kita perlu bekerja dan bersedia untuk menang,” katanya yang mahu BN menerima sesiapa sahaja yang ingin bersama parti itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara dicapai.

Namun begitu, antara syarat yang dikenakan adalah mereka yang mahu bekerjasama dengan BN harus menerima prinsip parti gabungan berkenaan.

“BN mesti bersifat inklusif dan lebih terbuka demi memastikan negara stabil dan rakyat sejahtera. BN perlu terbuka untuk menjalinkan kerjasama mahupun menerima sesiapa sahaja.

“Selagi mana mereka menerima prinsip BN yang berteraskan kesederhanaan, yang berpaksikan kepada keikhlasan untuk membela rakyat dan kesetiaan kepada segala pasak negara,” kata Zahid.

Malah, komponen BN juga katanya harus bersedia untuk keluar daripada kerangka lama dari segi formula pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Selain itu, BN Zahid harus menampilkan lebih ramai muka-muka baharu sebagai calon yang mewakili BN dalam pilihan raya umum nanti, kata Zahid.

“Kita telah membuktikan 87% muka baharu di Melaka dan 79% di Johor telah menangkap imaginasi pengundi untuk kembali bersama BN.

“Berdasarkan rekod dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor baru-baru ini, di kawasan muka-muka baharu yang ditampilkan, kita menang di semua saluran muda termasuk saluran pengundi baharu berumur 18-25 tahun,” kata Zahid.

Terdahulu dalam ucapannya di konvensyen itu, Ismail Sabri berkata beliau akan segera membubarkan Parlimen selepas gabungan BN bersiap sedia.

Selain Ahmad Zahid, tekanan serupa disuarakan bekas perdana menteri Najib Razak agar PRU15 disegerakan kerana menurutnya keadaan semasa memihak kepada gabungan itu.

Penasihat BN itu  memberi amaran agar Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapannya sebelum ini sewaktu menentukan tarikh PRU14 yang menyaksikan BN tewas dan hilang kuasa.

Gesaan agar pilihan raya umum diadakan lebih awal, terutama dari pemimpin BN yang berdepan kes besar di mahkamah meraih kritikan kerana dilihat sebagai usaha untuk mengelak pengadilan. – 1 Jun, 2022.

SPASANG

MERPATI DUA

SEJOLI

ZAID & NAJIB

SEDANG TEKAN

SABRI 114

KAH KAH KAH

NAJIB ZAHID

MAHU PRU

SEKARANG

AMIN

SABRI 114 MAHU

PRU TAHUN DEPAN

AMIN

NAJIB ZAHID

NAK  MAT SAN

JADI PM UNTUK

BEBASKAN MEREKA

AMIN

SABRI 114

NAK MASUKAN

NAJIB ZAHID

KE DALAM JIL 

SEBELUM PRU15 

DIADAKAN 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara makin punoh ranoh..barangan semua naik rega..cuaca dah kelam kabut..rakyat ada yg dah kebulur tapi haram jadah sibuk rebut kuasa...kenapa lah geng ni jadi manusia..(p.ramli cakap)