Istana Selangor tegur Pas keluar kenyataan tidak tepat
SHAH ALAM – Istana Selangor menegur tindakan Setiausaha Pas negeri itu, Roslan Shahir Mohd Shahir Al-Putari mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung pendirian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan baginda dengan Pesuruhjaya Pas negeri, . Ahmad Yunus Hairi Al-Kangkang Selasa lalu.
Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, dalam pertemuan itu, baginda tidak pernah menyatakan ingin tahu pendirian Pas berhubung perayaan Bon Odori.
“Baginda hanya menyatakan pendiriannya tidak menyekat festival kebudayaan Jepun itu yang akan diadakan di negeri Selangor, yang pada pandangan baginda hanya berunsur kebudayaan semata-mata.
“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehinggalah satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan, sama ada ianya berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam,” katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Roslan Shahir yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, kononnya baginda ingin tahu pendirian Pas berhubung perayaan itu dalam sesi pertemuan berkenaan.
Setiausaha Pas itu juga dilaporkan berkata, “Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda”.
Dalam sesi mengadap di Istana Bukit Kayangan Shah Alam petang itu, turut dititah hadir bagi menyaksikan pertemuan tersebut beberapa Ahli Dewan di-Raja Selangor.
Mereka ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Abdul Aziz Mohd Yusof; Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Setia, Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah; dan Datuk Setia Salehuddin Saidin.
Sementara itu, Dr. Ahmad Yunus menafikan adanya sebarang perbincangan antara beliau dengan Sultan Selangor ketika mengadap baginda.
Beliau mengesahkan dalam pertemuan itu hanya mendengar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan tidak ada sebarang perbincangan antaranya dengan baginda. –
3 ulasan:
Ini saya sokong...tepat sendat ketat...nak pircaya agama tolong fuck off dari dunia...sila ke syurga atau kemana....we dont care..u ada bidadari jeli atau apa pon..janji jangan cerita dongeng itu kat kita...
Ini lah akibat nye bila kita berkawang atau punye guru igama pemakan BIAWAK ..maka berlidah biawak lah mereka ..Lu tak caya Lu tanye Azeeez atau Sami Vellu. Gwa akan tetap birsama Baginda Sultan Selangor ..
+ Baginda hanya menyatakan pendiriannya tidak menyekat festival kebudayaan Jepun itu yang akan diadakan di negeri Selangor, yang pada pandangan baginda hanya berunsur kebudayaan semata-mata.
+ PAS pulak cuma nasihat orang islam supaya jangan menghadiri pesta obon. Tapi kalau gatal-gatal nak pergi juga..terpulang le.
+ Kami rakyat pula kata yang duduk bertenggek atas kuasa tu cuba-cuba le tengok kami di bawah ni yang bergelut dengan masaalah hidup harian.
Catat Ulasan