Rabu, 29 Jun 2022

TOK PA SUCI BER5SIH

Tok Pa nafi seleweng peruntukan UMNO Kelantan

UALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jeli,  Mustapa Mohamed menafikan dakwaan Presiden UMNO yang beliau telah menyeleweng peruntukan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang dikenali Tok Pa itu, semua dana parti telah diuruskan mengikut garis panduan termasuk dana untuk pilihan raya.

Peruntukan tersebut diuruskan oleh sebuah jawatankuasa di peringkat Badan Perhubungan UMNO.

Mustapa turut menafikan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah bertujuan untuk mengelak daripada disiasat oleh pihak berkuasa.

Beliau turut menegaskan tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai Bersatu.

“Kenyataan Ahli Parlimen Bagan Datuk pernah dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

“Pihak SPRM telah menafikan perkara ini pada 20 September 2018 manakala Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada masa itu telah memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019.

“Tuduhan-tuduhan seumpama ini berniat untuk mencemarkan reputasi saya sebagai ahli jemaah Menteri dan ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Tambahnya, selepas PRU-14, beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa sebanyak dua kali iaitu pada akhir tahun 2018 dan pada awal tahun 2019.

Sebagai bekas menteri, beliau diminta memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) berkaitan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai projek Trans Sabah Gas Pipeline.

Sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga diminta memberi keterangan kepada polis berkaitan dana yang dimasukkan ke dalam akaun Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang didakwa diperolehi daripada sumber 1MDB

Semalam Ahmad Zahid yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan di mahkamah terdapat lima ahli Parlimen UMNO yang melompat parti dan menyertai Bersatu menyeleweng jutaan ringgit dana parti itu.

Pendedahan itu dibuat semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Ahmad Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya ada bukti tentang penyewelengan dana UMNO yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili UMNO pada PRU-14.

TOK PA MANGSA

FITNAH

KAH KAH KAH

TOK PA 

PEMIMPIN PALING

SUCI DALAM

GEROMBOALAN

KENTUT PUN

TAK BERBUNYI

AMIN

DUIT 30 JUTA

SEMUA BERI PD

RAKYAT

AMIN

SATU DIRHAM

PUN BINI TOKPA

TAK CEDUK

KAH KAH KAH

TOK PA CALON

IMAM 

MASJID NEGARA

 GANTI

MOKHTAR SENIK

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini hakikat...to pa ka..tok gajah ka...tok tin tun cina atau tokaruppan..semua sama..duit itu ugama...bukan yang hangpa dok buat 5 kali sehari kecuali kalau anta ada batang afrika..kalau setakat mat senik..my perut senak..

Tanpa Nama berkata...

atuk lu la angkat tok pa...kasi selamat..geng2 tua..sama2 kaki songlap....lu apa tua TT jilat atuk