Khamis, 21 Julai 2022

MALAYSIA BUKAN TANAH JAJAHAN BAGINDA QUEEN


Mahkamah tolak permohonan Peguam Diraja UK wakili Najib


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom Jonathan Laidlaw mewakili Najib Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Kamal Akmal Md Shahid ketika menolak permohonan itu berkata Laidlaw tidak memenuhi syarat untuk kemasukan secara ‘ad-hoc’ di bawah Akta Profesion Undang-undang.

Badan Peguam Malaysia bulan lalu membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, berkata peguam bekas perdana menteri itu Muhammad Shafee Abdullah lebih layak berbanding beliau.

Januari lalu, Najib memohon untuk diwakili Peguam Diraja UK dalam rayuan terakhir kes SRC International atas alasan tiada  peguam bela dan peguam cara di Malaysia yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kes seperti yang dihadapinya.

Peguamnya Shafee juga berkata Mahkamah Persekutuan akan mendapat manfaat dan dapat menggunakan pengalaman Laidlaw dalam bidang yang penting dan sensitif serta sentiasa berubah.

Mahkamah akan mendengar rayuan terakhir selama 10 hari bermula 15 Ogos.

Pada 8 Disember tahun lalu Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib kerana menyalah guna RM42 juta dana SRC. – 21 Julai, 2022.     

TAHNIAH

SALUT

AMIN

MALAYSIA 

BUMI MERDEKA

BUKAN TANAH

JAJAHAN

BAGINDA QUEEN

AMIN

NAJIB NAK

JADIKAN

TANAH MELAYU

KEMBALI MENJADI

TANAH JAJAHAN

INGGERIS

AMIN

MASUK KAN NAJIB

DALAM PENJARA

SEKARANG

AMIN

SELAMAT NEGARA

DARI PENCURI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

cikminah berkata...

Nak halang pencuri masuk rumah kita, pasang alarm dan cc Tv. Tapi nak halang pemimpin curi duit kita, macam mana....???

Tanpa Nama berkata...

Apala Enche' TT, kejab tanah jajahan China Merah, kejab tanah jajahan Baginda Queen. Pasni melalak tanah jajahan siapa pulak ... Tok Arab, Yankee Dodo, atau si Pendek Jopon ?
kahkahkah, amiin