Selasa, 26 Julai 2022

NAJIB TERAJANG SHAFEE ?


Najib gugur Shafee, lantik Zaid Ibrahim rayuan kes SRC International

NAJIB Razak melantik bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim untuk mewakilinya dalam rayuan akhir terhadap sabitan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan, selepas khidmat pasukan pembelaan diketuai Muhammad Shafee Abdullah diberhentikan.

Perkara itu dimaklumkan Tetuan Shafee & Co melalui surat kepada Mahkamah Persekutuan hari ini. 

Surat tersebut menyatakan Najib kini diwakili Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners sebagai peguam cara.

Firma guaman Shafee bagaimanapun masih mewakili Najib dalam perbicaraan 1Malaysia Development Sdn Bhd (1DB) di Mahkamah Tinggi.

“Sila ambil perhatian bahawa pada 25 Julai 2022, jam lebih kurang 5.00 petang, pihak kami telah menerima sesalinan surat dari Najib Razak (“perayu”) yang mana perayu telah memberhentikan (discharged) dengan serta merta Tetuan Shafee & Co. daripada bertindak sebagai peguam cara yang mewakili beliau di dalam rayuan-rayuan Jenayah ini dan prosiding-prosiding berkenaan.

“Menerusi surat yang sama, perayu telah memaklumkan bahawa beliau telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara,” menurut notis Shafee & Co.

Zaid yang sebelum ini menteri Umno, dipecat daripada parti itu pada 2008  kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang. 

Beliau menyertai PKR pada 2009, kemudian menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada 2010. Selepas itu Zaid menyertai DAP pada 2017.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib bagi membatalkan sabitan bersalah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC International.

Pada 8 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan pada 2020 oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapati beliau bersalah.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom Jonathan Laidlaw mewakili Najib dalam rayuan akhirnya. – 26 Julai, 2022.     


ANAK BUNTING

BINI DATANG

BULAN

AMIN

SAKIT PERUT

CERET BERET

KENA KOBID

AMIN

SEMUA INI

TIPU HELAH

NAJIB UNTUK

LAMBATKAN

KEPUTUSAAN

MAHKAMAH

AMIN

MAK CIKU CURI

DUA  TIN SUSU

 DAH LAMA

MASUK  JIL

KENA 2 TAHUN

AMIN

INI CURI 42 JUTA

MASIH DING DONG

BERTAHUN TAHUN

INILAH MALAYSIA

SEMUA BOLEH

BERLAKU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: