Selasa, 19 Julai 2022

SUARA TAMRIN GHAFAR

 

JANGAN  TERLALU  TAKSUB  MEREBUT  TAHTA  SEDANGKAN  RAKYAT  MENDERITA


Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 19/07/2022
( 1 -  18 )

1.  Adalah satu kesilapan besar jika pemimpin masih beranggapan rakyat itu bodoh dan boleh terus dijadikan sebagai : 

BATU  LONCATAN

2.  Rakyat sedar permainan sebahagian ahli - ahli politik  dan konco - konconya  yang menggunakan mereka untuk kepentingan diri dan keluarga akhirnya - apa yang mereka dapat sebagai balasan ialah  dicampakan sedikit habuan seperti memberi  gula - gula kepada kanak - kanak yang terus melalak  dan mungkin memberontak

3.  Sebenarnya  sudah lama rakyat  mendendam perasaan ;  kebencian mereka terhadap kebanyakan ahli - ahli politik hanya umpama :

RETAK  MENUNGGU
BELAH

4.  Berlakun bagaimana pun rakyat  tahu kebanyakan mereka ini masih tidak cukup - cukup  dengan  kekayaan  yang  sedia ada

5.  Menyalahguna kuasa  dan  melakukan rasuah sudah menjadi sebahagian darah daging mereka - mereka tidak merasa malu dan tidak takut kepada undang - undang dunia  dan undang  -  undang ALLAH  SWT  - apakah dengan solat , berpuasa  dan menunaikan Umrah dan Haji  maka  segala apa yang dilakukan oleh seseorang  perasuah itu boleh  diampunkan 

6.  Trend kebelakang ini jelas menunjukan   setiap kali rakyat bising maka bantuan  kewangan akan di beri ,  memang rakyat perlukan segala bantuan kewangan tapi yang penting ialah joran atau kail bukan setakat memberi  ikan sahaja

7.   Sikap Mahiaddin dan  partinya BERSATU  mengemukakan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri disaat  

DAPUR  MULA  TAK BERASAP' 

jelas MEMBUKTIKAN  beliau dan Parti BERSATU nya sememangnya tidak peka  dan sensitif terhadap apa yang sedang  dihadapi rakyat  dan negara

8.  Kalau jawatan tersebut begitu penting  mengapa ketika merampas kuasa dahulu beliau tidak pula membuat perlantikan tersebut , sebaliknya  melantik beberapa orang sebagai Menteri Kanan  atau Senior  Minister  ?

9.   Samada Ismail Sabri Yaakub atau Mahiaddin Yasin   benar , itu bukan menjadi kayu pengukur  pada rakyat  menentukan parti mana yang mereka akan pilih pada PRU  akan datang

10.  Rakyat  sebenarnya  sudah tahu memilih antara INTAN  DAN  KACA

11.  Disini ada dua kesalahan besar  yang  diambil kira   rakyat  semasa  menggundi nanti  yang  dilakukan  Mahiadiin  dan partinya , BERSATU :

i.  Merampas kuasa dari Tun  melalui LANGKAH  SHERATON

ii.  Mengutamakan  jawatan  Timbalan Perdana Menteri dengan membuat tuntutan tersebut  ketika  rakyat sedang menderita umpama :

KAIS  PAGI 
MAKAN  PAGI
KAIS  PETANG
MAKAN  PETANG

12.  Ada 2 pendekatan yang boleh dilakukan Mahiaddin jika sekiranya  tuntutan tersebut tidak dilayan :

i.   Menarik sokongan atau apa yang pernah dikatakan beliau  'Press The Button'  terhadap Kerajaan yang ada ini - ini bermakna  Parlimen dibubarkan dan  Pilihanraya  Umum yang baru  perlu diadakan - soalnya  adakah beliau berani memandangkan ramai Ahli Majlis Tertinggi BERSATU  kini menjawat jawatan Menteri , Timbalan dan Pengerusi GLC

ii.  Meletak jawatan Pengurusi/ Presiden Parti  BERSATU  secara  terhormat  sebelum diturunkan

13.  Selepas ini Mahiaddin bolehlah balik ke pangkuan Nika Gee  dan Azmin    pula mencari pasangan lelaki baru jika  sekiranya Haziq Aziz  tidak lagi berkenan dihati

14.  Inilah nasib apabila sesaorang  Perdana Menteri itu  BUKAN  pilihan rakyat  tetapi kehendak Agong 

15.  Harga barang - barang keperluan tidak terkawal ,  mata wang negara merudum , pelabur - pelabur lari ke negara - negara jiran yang mengakibatkan  jumlah pengganguran  bertambah , indeks jenayah terus meningkat begitu juga amalan rasuah  menjadi - jadi dan Malaysia kini dikenali sebagai pusat  pendatang haram  dan dadah 

16.  Rakyat  perlukan  pembelaan  ;  bantuan RM100 ke RM300 bagi Kumpulan B40  hanya gimik politik bagi meraih sokongan sahaja - realitinya  rakyat mahu penyelesain jangka panjang tapi mereka yang bukan termasuk dalam kategori B40 , dimana pembelaan bagi mereka ?

17.  Bagi tujuan tersebut  orang yang mempunyai pengelaman luas  walaupun ada yang tidak gemar dengan beliau ialah Tun Dr. Mahathir

18.  Tidak ada apa yang diperlukan beliau  melainkan  menyumbang bakti terakhir kepada rakyat dan negara sebelum  beliau menutup mata kali terakhir, Wallahualam!! 

Wassalam
Terima Kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg last skali tu betoi. Tun sorg je harapan Kita skg, yg lain sume gampang. Lim kit siang pun kata sanggup kerjasama dgn najib tp bukan dgn tun sbb atok reject Anwar. Obvious kaw2 Apk
Apek tua Lim mmg ada agenda peribadi. By hook or by crook anwar msti jadi pm. Kene paham org melayu parti org melayu mesti lead, majoriti mesti ada will sndri tentukan halatuju majoriti melayu.jgn jadik pkr, dah ganti MIC. Minoriti gain kekuatan majoriti, kita kene kawtim dgn minoriti utk tentukan halatuju. Bila minoriti lead, jadik le mcm Europe US,liberal democrat jadik king maker,lantak skg anak jantan yg lahir kerajaan depa nak kasi jadik arbok.