Khamis, 18 Ogos 2022

AWAS ! SERANGA MAT KOBID


15 kematian Covid-19, tertinggi sejak April

MALAYSIA melaporkan 15 kematian akibat Covid-19 semalam, angka tertinggi dalam tempoh 24 jam dilaporkan sejak April tahun ini.

Kementerian Kesihatan turut melaporkan 3,516 kes baharu semalam, menjadikan kes keseluruhan sejak pandemik sebanyak 4.74 juta kes.

Kali terakhir Malaysia melaporkan jumlah kematian lebih tinggi dari semalam ialah pada 20 April, dengan 16 kes kematian didaftarkan.

Johor melaporkan empat kematian, masing-masing tiga kes di Melaka dan Perak, Sabah (dua), satu kes masing-masing di Pahang, Sarawak dan Selangor.

Kes kematian terbaru menjadikan jumlah kematian di negara ini 36,117 kes.

Selangor melaporkan 893 kes jangkitan semalam diikuti Kuala Lumpur (878) dan Sabah (318).

Negeri lain yang melaporkan kes ialah Perak (296), Negeri Sembilan (193), Melaka (164), Pulau Pinang (123), Johor (112), Sarawak (107), Putrajaya (95), Kedah (92), Pahang (83), Kelantan (78), Terengganu (59), Perlis (17) dan Labuan (8).

Kes aktif meningkat kepada 41,701 semalam sementara 2,541 pesakit pulih dilaporkan.

Antara kes aktif, 40,034 (96%) menjalani kuarantin kendiri, 41 (0.1%) di pusat kuarantin dan 1,534 (3.9%) di hospital.

Terdapat 29 pesakit di unit rawatan rapi, dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 18 Ogos, 2022.

AWAS

HATI HATI

JAGA JAGA

AMIN

MAT KOBID

MASIH MENYERANG

AMIN

LAGI DEKAT PRU15

LAGI RANCAK

SERANGAN

MAT KOBID

AMIN

Tiada ulasan: