Mesyuarat tergempar: Lebih 100 pimpinan UMNO mula tiba di Menara Dato' Onn
KUALA LUMPUR: Menara Dato' Onn di ibu kota sekali lagi menjadi perhatian hari ini.
Difahamkan, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Ibu Pejabat parti di sini bermula jam 11 pagi.
Menurut mesej yang didakwa dihantar Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan pada jam 11 malam pada Ahad, pertemuan khas tersebut adalah berkenaan dengan masa depan parti tersebut.
Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.
Antara pemimpin yang sempat ditemui ialah Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said yang tiba sebentar tadi di Menara Dato' Onn.
Kedua-duanya hanya mengunci mulut ketika ditanya intipati mesyuarat pada hari ini.
Media difahamkan mesyuarat berlangsung kira-kira jam 11 pagi dan selepas itu tidak pasti sama ada akan diadakan sidang media atau tidak.
Sehingga kini, masih belum dipastikan isi mesyuarat, namun khabar angin mendakwa ia mungkin berkaitan tarikh pilihan raya.
HOT HOT HOT
TERKINI
TER NOWW
TER HOTT
Over 100 Umno chiefs gather for emergency meeting
Lebih 100 ketua bahagian Umno sedang berkumpul di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini untuk mesyuarat tergempar pada pukul 11 pagi.
Ia dipercayai dipanggil oleh presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan presiden Mohamad Hasan.
Dalam jemputan yang dihantar oleh setiausaha agung Ahmad Maslan, ia berkata mesyuarat itu adalah untuk membincangkan "perkara yang sangat penting yang menjejaskan masa depan parti".
Menurut sumber, ia merujuk kepada masalah undang-undang yang berterusan oleh bekas presiden Najib . – 22 Ogos 2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan