Rabu, 10 Ogos 2022

BUKAN RASUAH !


Zahid minta UKSB hulur sumbangan kepada Umno, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi telah meminta syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada Umno.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) V. Mahendran, 38, berkata permintaan Zahid itu dibuat semasa dua bekas pengarah UKSB iaitu Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang masing-masing merupakan saksi pendakwaan ke-15 dan 16 hadir ke kediaman presiden Umno itu di Country Height, Kajang.

Beliau berkata ketika itu Zahid adalah menteri dalam negeri yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam merangka dasar dan hala tuju kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya.

“UKSB bersetuju untuk memberi bantuan sumbangan politik bagi tujuan untuk memastikan perniagaan UKSB tidak diganggu memandangkan ketika itu ada beberapa syarikat lain yang cuba melobi kerja yang UKSB sedang jalankan iaitu berkaitan dengan urusan visa.


“Hasil siasatan juga menunjukkan bahawa wang tunai tersebut yang diserahkan secara bulanan kepada Datuk Seri Zahid adalah disediakan oleh David Tan (bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun) atas arahan Harry Lee,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.

Mahendran berkata peranan David Tan adalah bagi memastikan UKSB mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi permintaan Zahid.

Sebelum ini, Wan Quoris Shah memberitahu mahkamah sama bahawa bantuan kewangan yang diberikannya kepada Zahid bertujuan mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai kontraktor KDN, selain mendapatkan sokongan daripada ahli politik itu untuk mengurangkan gangguan daripada pesaing-pesaing lain yang menjalankan perniagaan serupa.

Mahendran juga berkata berdasarkan keterangan Harry Lee, David Tan dan Wan Quoris Shah, wang tunai yang dihantar kepada Zahid akan dimasukkan ke dalam sampul surat.

“Penyerahan wang tunai tersebut akan dibuat setiap bulan mengikut kesesuaian masa Datuk Seri Zahid tetapi kebiasannya pada 10 malam di Seri Satria, Putrajaya iaitu kediaman rasmi Datuk Seri Zahid dan Country Heights,” katanya.

Selain itu, saksi pendakwaan ke-18 itu juga berkata peranan utama Wan Quoris Shah sebagai pengarah UKSB tertumpu kepada kerja-kerja perhubungan awam syarikat itu dan bukan dari aspek teknikal.

“Pelantikan Wan Quoris (Wan Quoris Shah) adalah untuk mengembangkan perniagaan dengan cara melobi bagi mendapatkan kontrak-kontrak pembekalan dan perkhidmatan dengan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa masih berlangsung. – Bernama, 10 Ogos, 2022.  
            

WOIT

INI BUKAN

KES RASUAH

AMIN

INI KES KONGSI

REZEKI

AMIN

INI AMALAN BAIK

AGIH AGIH

REZEKI

KAH KAH KAH

TAK MAKAN

SORANG SORANG

DERMA SANA

DERMA SINI

AMIN

INILAH AMAL

JALAN MAKROF

NUNKAR NANKIR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: