Jumaat, 26 Ogos 2022

KEJAYAAAN BESAR NAJIB : MENCURI


Najib ubah orang Melayu terima pencuri, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad hari ini membidas orang Melayu kerana membenarkan kecurian dan amalan rasuah pemimpin Melayu seperti Najib Razak.

Beliau juga menyalahkan Najib kerana mengubah pemikiran orang Melayu dalam perkara sebegitu sehingga mereka menerima perkara ini.

“Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya.

“Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri. 

“Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri,” kata Dr Mahathir menerusi blognya. 

Katanya, orang Melayu kini selesa mencium tangan penyangak asalkan mendapat sedikit ganjaran sama ada dalam bentuk jawatan atau wang tunai.

“Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu,” katanya.

Dr Mahathir konsisten membidas Najib kerana berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun disabitkan dengan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Persekutuan kini sedang mendengar rayuannya.

Awal bulan ini, Dr Mahathir menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA), sebuah gabungan yang bertujuan untuk menguatkan orang Melayu dan mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum akan datang. – .

BILA PEMIMPIN

MENCURI RAKYAT

JADI PENYAMUN

AMIN

BILA NAJIB

MENCURI NEGARA

JATUH BANGKRAP

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: