Kerajaan tidak gagal, kata Ismail Sabri
PERTUMBUHAN ekonomi negara sebanyak 8.9% bagi suku kedua tahun ini adalah yang terbaik di Asia Tenggara sekali gus membuktikan kerajaan tidak gagal seperti didakwa pembangkang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pertumbuhan positif itu disumbang keputusan kerajaan untuk membuka semula semua sektor ekonomi dan sempadan negara yang berjaya mengembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.
“Sejak mengambil alih kepimpinan, pengangguran jatuh daripada 4.3% kepada 3.8% yang hampir menyamai paras sebelum pandemik.
“Pelaburan langsung asing (FDI) mencapai rekod paras tertinggi pada suku keempat 2021 dengan mencatatkan sebanyak RM26.7 bilion disusuli dengan RM23.3 bilion pada suku pertama 2022,” katanya pada sesi Bicara Hati Perdana Menteri sewaktu konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri berkata, pengumuman terbaharu kemasukan FDI pada suku kedua 2022 sebanyak RM24.1 bilion menjadikan kemasukan FDI untuk tempoh 9 bulan berjumlah RM74.1 bilion, mengatasi jumlah FDI pada 2021, 2020, 2019 dan 2018.
“Jadi janganlah kita termakan dengan dakwaan syarikat asing tidak ingin melabur di negara kita,” katanya. – Bernama, 14 Ogos, 2022.
1 ulasan:
Tahniah Enche TT kerana bersama terlibat untuk menjadikan hokkien taman oksigen kL. Satu usaha yang wajar dicontohi dan perlu dinormalisasikan budaya menghijaukan dan melestarikan alam ini.
Catat Ulasan