Ahad, 7 Ogos 2022

LANGKAH TEPAT LAGI BETUL


Siasat status kumpulan percaya Imam Mahdi muncul pada Hari Arafah

PIHAK berkuasa diarahkan menyiasat status serta keberadaan kumpulan dianggotai rakyat tempatan yang berkumpul di Tanah Suci Mekah dan mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata pihak Konsulat Tabung Haji (TH) Malaysia di Jeddah diarahkan memulakan siasatan terhadap kumpulan itu termasuk pemimpinnya Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang dipercayai masih berada di sana.

“Kita harap selepas ditangkap mereka akan dikenakan tindakan dan seterusnya dihantar pulang kerana ini semua mengarut,” katanya selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Bagan Serai hari ini.

Beliau menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpengaruh dan melakukan semakan dahulu sebelum menyertai apa-apa pengamalan.

“Kalau mahu menyertai tarekat (pengamalan) saya harap orang awam selidik dahulu guru tersebut. Jika ingin mengaji syaratnya perlu mencari guru yang mursyid iaitu mempunyai ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya,” tambahnya.

Minggu lalu pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Labu, Negeri Sembilan ditutup selama enam bulan selepas dilaporkan kewujudan kepercayaan yang terpesong termasuk mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah

Mufti Negeri Sembilan Mohd Yusof Ahmad berkata berdasarkan maklumat diterima pemimpin pusat itu Habib Shah Firdaus Habib Ahmad bersama kira-kira 300 pengikutnya telah ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah selain menantikan kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah dan kini Awal Muharram. – Bernama, 7 Ogos, 2022.


SOKONG

LANGKAH TEPAT

LAWAN KURAFAT

AMIN

MAKIN RAMAI

PERCAYA BENDA

KARUT MARUT

AMIN

TIDAKKAH MEREKA

SEDAR BAHAWA

IMAM MAHADI

DAH LAMA

 SAMPAI

KAH KAH KAH

KINI BERADA

DI LAHORE

PAKISTAN

AMIN

PAKAI NAMA

SAMARAN QASIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: