Khamis, 4 Ogos 2022

PENDATANG BARU TAPI ORANG LAMA



Dr Mahathir tubuh Gerakan Tanah Air untuk lawan Umno

PENGERUSI Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari ini menubuhkan gabungan politik baharu dikenali sebagai Gerakan Tanah Air (GTA), yang mensasarkan kumpulan pengundi yang muak dengan politik kepartian Melayu.

Bekas perdana menteri berkata selain Pejuang, gabungan khusus untuk orang Melayu itu turut disertai Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Gerakan berkenaan juga akan disertai ratusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, ahli akademik Melayu, katanya.

“Jadi itulah gerakan kita, kita menjemput orang Melayu sahaja bukan kerana perkauman, tidak… tetapi usaha kita tertumpu melawan sebuah parti Melayu yang menyeleweng, iaitu Umno.

“Untuk lawan Umno kalau bukan parti Melayu orang takkan sokong. Kita parti Melayu (yang ditubuhkan) untuk lawan Umno yang menyeleweng,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan penubuhan GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, petang tadi.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, GTA akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang di semua 120 kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Mereka juga mensasarkan kumpulan pengundi atas pagar yang enggan mengundi sebelum ini disebabkan kelesuan politik.

“Setakat kita tahu Umno menjadi kerajaan dengan sokongan 35% pengundi dan ada lagi baki 65% lagi yang tak sokong kerajaan, ada antara itu ada orang tak mengundi sama sekali kerana anggap politik membosankan dan (merasakan) politik tidak mendatangkan faedah.

“Tapi kita yakin dengan penerangan apa akan dilakukan kita yakin ramai akan beri sokongan bersama dengan empat buah parti dan banyak beratus NGO yang menyatakan sokongan kepada kita serta orang ramai yang prihatin yang tidak senang amalan rasuah diamalkan kerajaan sekarang kita yakin dapat kemenangan,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga menjemput orang Melayu “yang curiga masa depan mereka” supaya menyertai dan menyokong GTA pada PRU15 nanti, yang perlu diadakan dalam masa lebih kurang 12 bulan ini.

“Kita akan bertanding sebagai satu gerakan dan kita akan letak calon yang terdiri daripada parti politik, NGO, individu tertentu atau siapa sahaja yang menyokong gerakan kita,” tambahnya.

Dr Mahathir mempengerusikan gabungan itu manakala empat pemimpin parti gabungan dilantik sebagai timbalan pengerusi iaitu Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Presiden Putra Ibrahim Ali, Presiden Berjasa Zamani Ibrahim, dan Presiden Iman Mohamad Mohsin Abdul Razak.

Barisan pimpinan lain terdiri daripada pemimpin pertubuhan masyarakat dan golongan profesional akan diumumkan kelak. – 4 Ogos, 2022.

PENDATANG BARU

TAPI

ORANG LAMA

AMIN

LAWAN

GEROMBOLAN

KITA WAJIB

SOKONG

AMIN

KITA TUNGGU

APA LANGKAH

MEREKA

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemberita interview boleh lah sembang macam2. Nanti munkar Nakir interview nak sembang apa pulak? Tak kan nak kata saya tak tau, tak dak sapa mai habaq.

panglimo potaseh berkata...

Kita sokong lawan gerombolan ..tapi ..tapi tujuan Kutti ni nak kasik Boboi Botak jadi PM ..dan Melayu kobanyakan totap camtu ..misking

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah TT tetap setia dengan Mahdet Kerla. Mana khemah besar? Berkhemah ngan Keling Kerla ada la, parti mana datang IMAN ni? Parti Perikatan India Moslim Nasional?? Kahkahkah geng jubur hitam ni nak jual agama jugak. Nak bertanding 120 kerusi?? Kahkahkah bila la nak sedar, tak nampk ke Mahdet ni duk tolong UMNO pecahkan undi Melayu?