Isnin, 15 Ogos 2022

SABRI DI TEKAN LAGI


PRU15 kurang sesuai diadakan tahun depan, kata Zahid

Pengerusi BN itu yakin PRU15 akan diadakan tahun ini.


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kurang sesuai diadakan tahun depan, atas faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

“Saya yakin ia akan diadakan tahun ini juga kerana banyak indikator yang menunjuk ke arah itu, Saya fikir tahun ini adalah paling sesuai untuk kita adakan (PRU15),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Beliau berkata kesiapsiagaan BN untuk menghadapi PRU15 telah dimulakan di semua peringkat dengan rancangan untuk bersaing dengan semangat "underdog" bagi memastikan jentera parti berusaha sebaiknya untuk memperoleh sokongan pengundi.

“Kita mesti mengusahakan lebih daripada apa yang kita perolehi terdahulu. Kita berusaha ke arah untuk dominan pada (PRU15) kali ini, walaupun kita merupakan parti underdog yang diserang daripada pelbagai sudut terutama dengan isu-isu yang banyak ditujukan kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Zahid dalam ucapannya, berkata BN perlu tangkas menangkis tohmahan pembangkang, terutamanya di media sosial dalam isu-isu berbangkit seperti isu kapal tempur pesisir (LCS) bagi mengelak ia daripada “membunuh” BN.

Zahid, yang juga presiden Umno, berkata jentera BN tidak boleh menunggu sehingga tempoh berkempen untuk menjawab isu berkenaan.

“Tugas media sosial Wanita BN, Pemuda, Puteri dan media sosial komunikasi BN (BN Comms) adalah jawab dengan segera semua isu-isu yang dibangkitkan. Jangan tunggu. Kita kena menjangkakan terlebih dahulu,”katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata kepimpinan parti bersedia untuk membawa resolusi dibentang Pengerusi Wanita BN, Noraini Ahmad di konvensyen itu hari ini sebagai manifesto BN untuk PRU15.

Resolusi tersebut antaranya merangkumi penubuhan bank wanita dan universiti wanita, kelonggaran bekerja dari rumah untuk ibu yang mempunyai anak berusia dua tahun dan pindaan dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan anak daripada ibu warganegara dan bapa warga asing. 

Turut hadir pada penutup konvensyen BN ialah naib pengerusinya, merangkap Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC S Vigneswaran serta Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir.

  INI JELAS

TEKANAN DARI

ZAHID

AMIN

SUAP DAN TEKAN

DARI PRESIDEN

GEROMBOLAN &

PENGERUSI BN

JENG JENG JENG

APA YANG AKAN

SABRI BLURBERY

LAKUKAN ?

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: