Jumaat, 30 September 2022

BERAP BILON JUMLAH DUIT DI REMBAT OLEH NAJIB


KDNK Malaysia berkembang 5.1% pada 2022


Inflasi keseluruhan meningkat 4.7% pada Ogos 2022, kata BNM 


Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion pada akhir Ogos


ASET rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion (AS$1=RM4.635) pada akhir Ogos 2022, berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa sehingga akhir Ogos 2022 hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.3 juta.

Menurut bank pusat itu, butiran terperinci rizab antarabangsa tersebut memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, aset mata wang asing lain selain jangkaan, prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Bagi tempoh 12 bulan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk pembayaran balik berjadual pinjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara, berjumlah AS$9.40 bilion.

“Kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$15.08 bilion pada akhir Ogos 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.04 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat itu menyatakan, satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek bagi aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah AS$399.5 juta.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.”

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan Ogos 2022 adalah tetap boleh guna, kata BNM. – Bernama, 30 September, 2022.

DUIT CUKONG

DUIT TOWKAY

LEBIH BANYAK

DARI DUIT NEGARA

AMIN

PEKARA INI

WAJIB DI HEBOH

PADA ORANG RAMAI

AMIN

BIAR MAK CIK

PAK CIK SEDAR

SIAPA SEBANARNYA

BERKUASA DALAM

NEGARA INI

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah kalau kalau semua penyamun UMNO ini serah balik duit mereka curi selama ini, duit RM akan setaraf dengan dollar singapura woit, kah kah kah senang semak tengok berapa trillion mereka curi sejak zaman bersama agama bangsa negara ini woit ITU motto mereka merompak negara ini apa kah kah