Isnin, 12 September 2022

JANGAN GANGGU BADAN KEHAKIMAN



Pertahankan kebebasan kehakiman, titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kebebasan badan kehakiman terus dilindungi dan dipertahankan daripada sebarang desakan atau pengaruh, termasuk daripada pihak eksekutif.

Dalam satu kenyataan media, baginda turut menyeru seluruh rakyat supaya menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman, yang menjadi “teras dan paksi” sistem demokrasi raja berperlembagaan.

“... menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa memelihara nama baik badan kehakiman agar ia tidak tercemar daripada sebarang bentuk pengaruh dan tekanan.

“Beta mengambil kesempatan di sini juga untuk mengingatkan pihak eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak daripada sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan dadan kehakiman,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat DYMM Sultan Selangor.

Sultan Selangor bertitah baginda mengikuti rapat dan mengambil perhatian perkembangan isu-isu yang berkaitan dengan sistem pentadbiran keadilan negara sejak akhir-akhir ini.

Baginda tidak menyebut secara khusus isu-isu berkenaan, namun mengingatkan badan kehakiman dimartamatkan bebas dan berwibawa melalui Perlembagaan Persekutuan.

“Badan Kehakiman merupakan benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” titah baginda.

Kelmarin, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Man meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya membaca terlebih dahulu alasan penghakiman mahkamah sebelum membuat kesimpulan dan menyerang badan kehakiman.

Tengku Maimun mengetuai panel lima hakim yang menolak rayuan akhir Najib Razak dan mengekalkan sabitan serta hukuman ke atas bekas perdana menteri berhubung penyelewengan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd. – 12 September, 2022.

JELAS TERANG

LAGI TUNTAS

AMIN

SATU KENYATAAN

YANG WAJIB

DI HAYATI

AMIN

TAK TAHU HAL

TENTANG BADAN

KEHAKIMAN

JANGAN KACAU 

JANGAN GANGGU

ROSAK NEGARA

AMIN 

PERTAHAN BADAN KEHAKIMAN 

YANG BEBAS

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahid bicara di mahkamah Shah Alam. Urusan pengampunan di bawah urusan Sultan Selangor. Habis laa Zahid. No ampun for you.