Jumaat, 2 September 2022

JANGAN MAIN TEATER



Pihak tahu mana Jho Low diminta maklumkan pada Malaysia, kata menteri

MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainudin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, untuk memaklumkannya kepada pihak berkuasa negara ini.

Dalam sidang media selepas mengumumkan pelaksanaan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia di Putrajaya hari ini, Hamzah mempersoalkan tindakan pihak yang mendakwa tahu keberadaan Jho Low namun tidak bekongsi maklumat itu dengan Malaysia.

“Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?”, katanya mengulas laporan yang mendakwa Jho Low berada di taman tema Disneyland, Shanghai, China pada malam Krismas, 2019.

Sebuah portal (Malaysiakini) melaporkan perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope, menerusi episod pertama program “Where is Jho Low? The Search for the 1MDB Fraud Mastermind”, yang disiarkan di platform YouTube.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di taman tema itu. Hope mendakwa gambar bertarikh 24 Disember 2019 itu, diterima daripada sumber yang boleh dipercayai.

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil.

Mengulas dakwaan nama bekas perdana menteri Najib Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mendengar khabar angin yang ditularkan di media sosial atau mana-mana platform.

“Sebelum ini (pangkalan data) anda (media) ada tahu ke? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan? Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah kita dengar,” katanya.

Tular di laman sosial Twitter semalam, mendakwa terdapat maklumat bahawa nama Najib sehingga semalam tiada dalam pangkalan data penjara, dan mereka meminta supaya Jabatan Penjara menafikan perkara itu sekiranya tidak benar. – Bernama, 1 September, 2022.


TAK PERLU

MAIN TEATER

AMIN

JO LO AGENT

CHINA MERAH

UNTUK  BIKIN

HURU HARA

TANAH MELAYU

AMIN

CHIAN MERAH

PILIHARA JO LO

AMIN

WALAU PUN 

DAH ADA TANDA

MERAH DARI

INTERPOL

AMIN

CHIAN MERAH

MASIH SOKONG

NAJIB NAZAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: