Khamis, 29 September 2022

SEDEKAH TOK ARAB


Najib terima lebih RM60 juta daripada Putera Faisal, kata saksi


SEORANG jurubank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Najib Razak telah menerima RM60 juta daripada Putera Faisal Turki al-Faisal al-Saud pada 2011.

Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian Ambank, Yap Wai Keat berkata beliau ditugaskan untuk menukar dana dolar Amerika Syarikat (AS) kepada ringgit yang dihantar masuk dan keluar daripada akaun Najib.

Beliau berkata AS$9,999,977 ditukar kepada RM30,449,929.97 pada 24 Februari 2011 dan AS$9,999,970 ditukar kepada RM30,179,909.46 pada 14 Jun 2011.

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada Putera Faisal ada kaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi.

Yap berkata mereka telah menerima dokumen daripada Putera Faisal sejumlah AS$9,999,977 pada 24 Februari 2011.

Katanya maklumat wang masuk itu disampaikan kepadanya oleh Bahagian Kiriman Wang Ambank Joanna Yu yang merupakan pengurus perhubungan bank tersebut.

Yap juga berkata Yu telah memaklumkan kepada anak guamnya Najib terdapat wang masuk ke dalam akaunnya.

Yap merupakan saksi ke-37 yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib.

Semasa kenyataan pembukaan pendakwaan, mereka mendakwa RM2.08 bilion itu berasal daripada syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Bagaimanapun, pihak pembelaan mendakwa wang tersebut adalah derma daripada negara Arab.

Yap memberitahu mahkamah Yu kemudian mengarahkannya menukar dolar AS kepada ringgit selepas beliau mendapat kelulusan daripada pelanggan.

Yap berkata pihaknya melakukan apa yang perlu di mana penukaran dilakukan mengikut kadar yang dipersetujui seperti dalam kontrak.

“Jabatan saya kemudian menghubungi Bahagian Pengiriman Wang dan memaklumkan nombor kontrak dan kadar pertukaran,” kata Yap.

Yap berkata, urus niaga itu dijalankan mengikut arahan yang diterima oleh Yu daripada pelanggan.

Mengenai AS$9,999,970 yang telah dimasukkan ke dalam akaun Najib pada 14 Jun 2011, Yap berkata beliau melakukan transaksi yang sama seperti yang diarahkan oleh Yu.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa menyeleweng RM2.28 bilion dana 1MDB antara 2011 dan 2013, ketika beliau menjadi perdana menteri.

Najib berhadapan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. – 28 September, 2022.

WOIT

RAMAI TAK SEDAR

SEMUA INI IKUT

SUNNAH NABI

KAH KAH KAH

TOK ARAB

BERSEDEKAH

PADA NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG ALIM

YANG SYUMUL

YANG ARAH

SIRUL AZILAH

JIMATKAN 

SITI ALTANTUYA

KAH KAH KAH

AMIN


Tiada ulasan: