Sabtu, 17 September 2022

ZAID IBRAHIM BUAT SATU PUSINGAN



Zaid Ibrahim kembali bersama Umno

ZAID Ibrahim menyertai semula Umno kerana mahu melakukan reformasi ke atas parti itu dari dalam, lapor The Star.

Peguam kanan itu mengemukakan permohonannya pada 27 Ogos di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

“Saya ingin melihat Umno lebih berfikiran reformasi dan lebih terbuka kepada pembaharuan di mana ia mesti dilakukan dari ‘dalam’,” katanya dipetik portal berita itu.

Zaid mula menyertai Umno pada 2000 di mana beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu ketika Pilihan Raya Umum 2004.

Zaid juga berkata rakan-rakannya memberitahu agak sukar untuk membuat perubahan dalam Umno jika ia datang dari “luar”.

“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi itu mungkin mengambil masa yang lama.

Zaid meletak jawatan daripada kabinet bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 untuk membantah penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Beliau menyertai PKR pada tahun berikutnya, sebelum meletak jawatan pada 2012 di tengah-tengah perbalahan parti.

Zaid kemudiannya menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada 2010 tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya pada 2012.

Selepas Kita, Zaid menyertai DAP pada 2017 tetapi ia hanya bertahan selama kira-kira tiga tahun, dan beliau meninggalkan parti politik keempatnya pada 2020.

Pada Julai lalu, Zaid juga dilantik bekas perdana menteri Najib Razak untuk mewakilinya pada rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Bagaimanapun, hanya beberapa hari sebelum Najib dipenjarakan, dia memecat firma guaman Zaid untuk mewakilinya. – 16 September, 2022.

MEMANG

SUKAR NAK

DAPAT MODAL

BERKUDA

KALAU BUKAN

YB GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

NAK LUMBA

KUDA PUN PERLU

MODAL

KAH KAH KAH

TAHNIAH ZAID

TELAH BUAT 

SATU PUSINGAN

AMIN

DARI 

GEROMBOLAN 

KE PKR

KE KITA

 KE DAP

KE NGO

KEMBALI KE 

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kitaran dia lengkap, maklum lah peguam dari United Kingdom, ops UK sini serambi Mekah, kah kah kah biar lah orang ini cari ruang peluang mana nak berteduh, selalu lah manusia ini cari tempat berteduh yang sejuk nyaman ada selesa mungkin jugak ada peluang diri rumah ker, banglo ker, bina istana kah, bagus lah semuanya orang kita biar rasuah biar tipu biar mencuri asal bahagia dan maju belaka, itu lah motto dari zaman Atok dulu sampai sekarang amin kah kah kah selalu melihat drama harian setiap hari di negaraku Malaysia

Jigit berkata...

Zaid ni dah pecah rekod lompat katak braheng Pasir Mas ni...beliau patut ditabalkan sebagai raja katak yang baru...