Jumaat, 28 Oktober 2022

HADI BOLEH KALAH - FAKTA SEJARAH



Hadi boleh kalah, saya pernah buktikan – Rahman Bakar


KUALA LUMPUR – Tidak mustahil akan lahir sekali lagi giant killer mengalahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Itu pandangan bekas Ahli Parlimen Marang, Abdul Rahman Bakar yang pernah digelar giant killer kerana mengalahkan Abdul Hadi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum.

Malah dalam PRU15, beliau yakin giant killer boleh mengalahkan Presiden Pas itu sekali lagi oleh calon Barisan Nasional (BN).

“Tak mustahil giant killer kedua bakal dilahir atau kembali lagi (selepas beliau),” ujarnya ketika dihubungi MalaysiaGazette baru-baru ini.

Abdul Rahman pernah mengalahkan Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu pada PRU 1986 dan PRU 2004.

Ia boleh menjadi realiti sekiranya tidak berlaku amalan ‘cah keting’ dan jentera BN bersatu hati.

Lebih-lebih lagi difahamkan Parti Amanah Negara dijangka meletakkan calon di Parlimen Marang yang berpotensi memecah undi Pas.

Menurut Abdul Rahman, kekalahan calon BN kepada Abdul Hadi sebelum ini sebenarnya amalan ‘cah keting’ dalam BN sendiri.

“Jika ini dapat dibendung, tak mustahil calon BN kali ini boleh menang kerana saya pernah membuktikannya,” katanya.- 

INI FAKTA

SEJARAH YG

RAMAI TAK SEDAR

AMIN

INI HUKUM ALAM

SEMUA BOLEH

 BERLAKU

AMIN

KEPALA GEDEBE

PUN BOLEH

KALAH

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka dia pun nak muntah, cakap tak serupa bikin, pusing pusing serban sampai oksigen tak masuk kepala woit, baik pencuri dari penunggang agama seperti dia, masuk 90 juta senyap tak ada ayat kah kah kalau masih percaya mampooos lagi rakyat Marang woit, nak jadi nelayan woit kah kah kah tapi nak free semua