Henti kerjasama sebab pemimpin BN masih terima rasuah, kata Hadi
PAS putuskan kerjasama dengan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana gabungan parti itu masih lagi terlibat dengan amalan rasuah, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.
Beliau juga menuduh Umno cuai dalam melaksanakan Islam dan rakus untuk terus memerintah negara sehingga sanggup membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa.
Jelasnya kerana kekeruhan itu, PAS memutuskan untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) biarpun tahu ia laluan yang sukar berbanding bersama Umno.
“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu, jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN).
“Walaupun ini (PN) lebih payah,” katanya semasa menyampaikan kuliah dhuha di Marang hari ini.
Hadi menjelaskan pendirian PAS semalam yang mengumumkan akan memperkukuhkan kerjasama dengan PN dan meninggalkan Umno.
Pendirian itu diumumkan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti yang memuktamadkan hala tuju parti Islam itu menuju pilihan raya.
Ia menamatkan drama tarik tali antara PAS dengan Bersatu dan juga Umno buat masa ini.
Kalangan menteri dari parti PAS antara 12 anggota Kabinet yang mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu bagi merayu agar Parlimen tidak dibubarkan.
Ia tetap membawa kepada pembubaran Parlimen pada Isnin dan membolehkan PRU15 diadakan dalam tempoh 60 hari. – 14 Oktober, 2022.
2 ulasan:
Kah kah kah betul kah? Atau pelanggan dah tolak parti pelacur? Apa jadi muafakat, muhasabah muhasarawak muhasilarurahim masa terima 90 juta? Hanya yang masih mampu fikir kalau kepala tak bungkus, kalau otak masih ada oksigen kah kah kah, jangan lah tipu Melayu, jangan lah tipu Islang, kerajaan negeri pun tak mampu bagi air bersih lah woit kah kah kah, kalau nampak USD mungkin otak cergas sikit kah kah syukur
Pelacur tetap pelacur cuma beza sekarang berlakon anak dara, supaya ramai pelanggan masuk, kalau menang jugak, nanti datang perangai pelacur, depan buka, belakang buka, mulut pun boleh saja asal bayaran lumayan amin tuckbeer satu kali kah kah kah
Catat Ulasan