Sabtu, 22 Oktober 2022

SATU LAGI CONTOH MERAYAKAN DEMOKRASI



Gereja Sarawak minta derma tolong pelajar balik mengundi

SEBUAH gereja di Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000 untuk membantu 1,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta balik membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November nanti.

Gereja Methodist Persidangan Tahunan Cina Sarawak (SCAC) di Sibu mengumumkan setakat 9 pagi tadi ia berjaya memperoleh RM30,000, berkata ia cuma ada lima hari untuk mengumpul baki bagi menjayakan kempen “Free Air Tickets, Return To Vote 2.0.”

Ketua kempen Nicholas Tan mengakui sukar mencapai sasaran, namun yakin dan percaya bantuan daripada tuhan.

Gereja itu juga pernah membuat kempen sama pada PRU 2018 di mana ketika itu ia berjaya mengutip RM200,000, sekali gus membantu kira-kira 600 pelajar.

Bantuan itu bukan sahaja terhad kepada pelajar Sarawak di Semenanjung atau Sabah untuk pulang mengundi, kata Tan kepada The Malaysian Insight.

“Ia terbuka kepada semua pelajar Malaysia.”

Beliau berkata semua pelajar sama ada dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak layak menerima bantuan itu.

Malah bantuan itu akan diberikan tidak kira bangsa atau agama, tambah Tan.

“Pelajar Islam boleh memohon. Pelajar yang memohon juga tidak perlu menjadi ahli gereja atau anak kepada ahli gereja.”

Tan berkata pihak gereja juga tidak akan menyoal tentang parti politik pilihan mereka.

“Kami hanya mahu tolong mereka yang mahu pulang dan tunaikan hak mereka.”

Permohonan akan ditutup pada Khamis, 27 Oktober depan.

Permohonan juga dkatakan mendapat sambutan hangat dengan lebih 700 permohonan diterima sebaik sahaja ia dibuka semalam.

Bantuan itu adalah atas dasar siapa cepat dia dapat, kata Tan, menambah pihaknya merancang untuk menerbangkan semua orang pulang pada 19 November.

Tan kini merayu agar lebih ramai “rakyat Malaysia yang baik hati” menjadi penderma.

“Kami (gereja) merayu kemurahan hati anda supaya kami dapat membantu seramai mungkin pelajar pulang mengundi,” katanya.

Pihak gereja bagaimanapun tidak akan menerima sumbangan daripada ahli politik mahu pun parti politik. – 22 Oktober, 2022.

CONTOH BAIK

PERANAN GEREJA

MERAYAKAN

DEMOKRASI

AMIN

BERSAMA KITA

SOKONG KERJA

AMAL

ANAK SEMUA

 BANGSA

BANGSA SEMUA

 AGAMA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: