Isnin, 3 Oktober 2022

TOK ARAB SUKA PEREMPUAN GEMOK


Najib terima AS$1.17 bilion daripada penderma Arab, mahkamah diberitahu


BEKAS perdana menteri Najib Razak didakwa diberi sejumlah AS$ 1.17 bilion oleh penderma Arab dalam dua transaksi berasingan pada 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Ketua Pasaran Modal AmBank Yap Wai Keat mengesahkan perkara itu apabila beliau diminta mengesahkan dua transaksi berjumlah AS$800 juta dan AS$375 juta yang masuk ke akaun Najib.

Peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed menyoal Yap sama ada beliau tahu dana itu adalah pemberian daripada penderma Arab.

Peguam itu berkata bahawa bekas gabenor Madinah Saud Abdulaziz Al Saud telah menyatakan dalam satu surat bahawa beliau menghadiahkan dana itu kepada Najib.


Wan Aizuddin berkata, dalam surat itu dinyatakan Najib diberikan wang tersebut sebagai hadiah atas apa yang dilakukannya di Malaysia mengikut prinsip Islam.

Katanya, Saud Abdulaziz juga menyatakan selain komitmen awal (dana yang diberikan) beliau akan memberikan tambahan AS$800 juta dan AS$375 juta.

Yap, bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada surat itu memang daripada Saud Abdulaziz.

Beliau berkata perkara sedemikian dikendalikan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu.

“Saya tidak ingat sama ada Yu telah menyebut ia adalah hadiah, pemindahan peribadi atau derma. Ia sepatutnya salah satu daripada tiga.”

Saud Abdulaziz dalam surat itu berkata bahawa sumbangan akan dibuat “pada masa dan cara sedemikian” yang difikirkan sesuai.

Beliau juga telah menyatakan dalam surat itu bahawa Tanore Finance Corp akan menjadi salah satu syarikat yang memberi sumbangan kepada bekas perdana menteri itu.

Minggu lalu, peguam bela juga telah mengemukakan surat yang sama daripada Saud.

Menurut surat pada Februari 2011, Saud telah menghadiahkan Najib sebanyak AS$100 juta, dan tambahan AS$375 juta pada November 2011.

Untuk AS$375 juta, Blackstone Asia Real Estate Partners dinyatakan sebagai salah satu syarikat yang akan membuat pembayaran kepada Najib.

Dalam semua surat itu, Saud berkata bahawa dana itu adalah tanda niat baik dan beliau tidak mengharapkan dana itu dikembalikan kepadanya kerana ia adalah hadiah. – 3 Oktober, 2022.

TOK ARAB

SUKA PEREMPUAN

GEMOK

KAH KAH KAH

DIA SEDEKAH

PADA NAJIB

KAH KAH KAH

JANGAN BUAT

FITNAH

KAH KAH KAH

INI SEDEKAH

JARIAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: