Rabu, 2 November 2022

ADA TALI BARUT IMIGRESEN



Pegawai imigresen ditahan seludup warga asing

SEORANG pegawai imigresen ditahan kerana disyaki membawa enam lelaki warga India memasuki negara ini tanpa dokumen sah dalam sindiket menyeludup warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di Sepang, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata enam lelaki India itu turut ditahan pada 7.45 malam.

Beliau berkata kesemua warga asing berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun itu, cuba memasuki negara ini untuk bekerja tanpa pas yang sah serta mengelakkan bayaran levi.

“Modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan menawarkan e-visa palsu kepada mereka untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong.

“Sindiket akan menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah mereka pelancong tulen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata pegawai imigresen berusia 31 tahun itu didapati bersubahat dalam sindiket itu dengan menurunkan cop ke atas pasport tanpa merekodkan perjalanan warga asing tersebut ke dalam sistem myIMMs.

Menurutnya berdasarkan maklumat risikan, sindiket tersebut dipercayai beroperasi sejak April lepas dengan mengenakan bayaran antara RM5,000 dan RM,6000 kepada setiap pelawat. 

“Kesemua warga asing terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana cuba memasuki Malaysia secara tidak sah, manakala pegawai imigresen itu pula akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 setelah perintah reman diperoleh,” katanya.

Menurutnya Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan usaha perisikan serta operasi bagi membenteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia. 

“Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun ia melibatkan pegawai kami sendiri.

“Mereka yang didapati bersalah akan menerima hukuman sewajarnya di bawah undang-undang berkaitan,” katanya. – Bernama, 2 November, 2022.          

ORANG RAMAI

DAH LAMA SYAK

ADA TALIBARUT

IMIGRESEN BUAT 

KERJA JAHAT

AMIN

DUIT RASUAH

BAWA BAHAYA

PADA NEGARA

AMIN

BILA RASUAH

MENULAR

MAKA BENTENG

 NEGARA

HANCUR

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang kata mereka mangsa rasuah, kesian pegawai polis, pegawai imigresen, pegawai kastam, pegawai perbandaran semua tak ada gaji, tak ada elaun, terpaksa mengambil rasuah untuk kelangsungan hidup, sebab itu mereka menjadi mangsa rasuah, kesian oh kesian, tafsiran Tok Guru mesti betul tepat belaka, sebab orang warak alim ilmuwan dikenali seluruh pelusuk dunia, menandingi wakil khas ke tanah arab, bisa bisa orang begitu, kah kah kah syukur