Rabu, 16 November 2022

MAIL. BERA PM SEKALI LAGI



Lebih 52% pengundi percaya Ismail perlu terus jadi PM, menurut tinjauan


Lebih 52% responden dalam kalangan pengundi percaya Ismail Sabri Yaakob wajar diberikan peluang untuk terus menjadi perdana menteri Malaysia, di mana 57% lagi bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada hujung tahun ini.

Kajian Tahap Penerimaan Rakyat terhadap kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia oleh Ilham Centre yang dilakukan pada 20 Oktober hingga 6 November 2022 itu merangkumi 1,211 responden di seluruh semenanjung.

Daripada keseluruhan responden, 52.8% berkata Ismail wajar diberi peluang untuk menjadi perdana menteri bagi tempoh yang lebih panjang bagi kepentingan rakyat berbanding 27.9% yang tidak bersetuju sementara 19.3% lagi mengatakan mereka tidak pasti.

Dalam pada itu, berdasarkan keadaan semasa, sebanyak 56.8% bersetuju pilihan raya perlu diadakan pada hujung  tahun ini, manakala 32.3% lagi tidak bersetuju sementara 10.9% mengatakan mereka tidak pasti.

Kurang dari 50%, iaitu sebanyak 49.1% responden berkata Malaysia mempunyai pencapaian yang baik berbanding negara serantau dalam menangani kesan langsung ekonomi dunia berbanding negara serantau, manakala 25.9% tidak bersetuju dan 24.9% berkata mereka tidak pasti.

Mengambil kira senario politik negara, 45.6% responden bersetuju Ismail adalah pilihan yang wajar sebagai calon perdana menteri, sementarai 33.1% lagi tidak bersetuju dan 21.3% lagi mengatakan mereka tidak pasti.

80% responden bersetuju dengan langkah pentadbiran Ismail membuka semula sektor ekonomi negara pada April 2022, berbanding 6.5% tidak bersetuju dan 13.5% berkata mereka tidak pasti.

Sementara itu, 78.0% responden bersetuju subsidi RM77.7 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan pimpinan Ismail adalah perlu dan menyokong pemulihan ekonomi, manakala 39.9% berkata Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin adalah pembaziran dana awam dan menyukarkan usaha Ismail dalam menyelesaikan masalah rakyat bagaimanapun 34.1% tidak bersetuju sementara 26% lagi tidak pasti.

Sebanyak 89.1% berkata tindakan kerajaan untuk meningkatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia kepada RM2,500 adalah "sangat baik", sementara 87.3% bersetuju dengan langkah mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak dua mata peratusan.

BERI MAIL BERA

JADI PM 

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

MAIL TAK SEMPAT

UBAH PRICINT

DI PUTRAJYA

KE MELAYU

AMIN

MAIL TAK SEMPAT

UBAH NAMA

BANGSAR SOUTH

KE NAMA ASAL

KG KERINCHI

AMIN

BERI PELUANG

MAIL BELAJAR BI

SEKALI LAGI

TAK PERLU CAKAP

MELAU DENGAN

NANCY PELOSI

ATAU BIDEN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya Melayu mahu begitu, nak orang kurang cerdik nak orang kurang pandai cakap inglish kah kah kah terbaik bon

Tanpa Nama berkata...

bro..laporan yg lengkap siapa naik PM adalah laporan dari mata2 SB special branch.mereka ini la yg menentukan siapa yg akan jadi PM..cer tanya SPR, siapa PM ?PH akan dikalahkan oleh SPR melalui khemah besar BN PN PAS..perak akan berlaku kerajaan KUDETA..nazrin akan dibenci,dibaling batu lagi la nampaknya..daulat mjd palat..

Tanpa Nama berkata...

Kemaluan negara lagi seorg la, PM kenya pon spik enlish lagi bagus..