Jumaat, 16 Disember 2022

AL- FATIHAH - BATANG KALI

 




2 maut, 51 hilang insiden tanah runtuh di Batang Kali

DUA mangsa maut selepas kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Polis mengesahkan seorang mangsa yang maut adalah kanak-kanak, manakala 51 orang masih hilang setakat 7 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi.

Norazam berkata sebanyak 37 orang berjaya diselamatkan manakala tiga lagi cedera.

Operasi mencari dan menyelamat orang hilang sedang dijalankan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi mengenai kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali.

Pasukan dari Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dihantar dan tiba di lokasi jam 3.04 pagi.

Kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan turut melibatkan tapak perkhemahan yang berhampiran dengan jalan raya.

Ketinggian tanah runtuh dianggarkan 30 meter di sekitar kawasan seluas satu ekar. – 16 Disember, 2022.

KITA BERSAMA

KELUARAGA 

YANG MALANG

AMIN

Tiada ulasan: