PARLIMEN
BERSIDANG
SENIN 19/12/2022
PAGI IN
PARLIMEN BERSIDANG
AMIN
MALAPETAKA CUACA
SUADH SAMPAI
HUJAN TURUN DI PANTAI TIMUR
BANJIR
ADUH !
INI MALAPETAKA CUACA
MAKIN SETAHUN MAKIN KERAP
MAKIN SETAHUN MAKIN GANAS
BANYAK IDEA BODOH MUNCUL
DARI BUNTUT ... OPPS SILAP
DARI MULUT POLITIKUS
TAPI TAKDA SAPA YANG TIMBULKAN
PUNCANYA
SEMUA CADANG BERI PANADOL
PADA BANJIR
TAK SEBUT PUNCA UTAMA
YANG MENYEBABKAN
BANJIR
AMIN
QATAR
PIALA BOLA MILIK ARGENTINA
HEBAT
GUA YANG KAKI BANGKU
PUN MELIHAT SAMA
TAK SUSAH NAK FAHAM
MAIN BOLA
SATU PERMAINAN YANG
AMAT DEMOKRATIK
UKRAINE
RUSIA MASUK MENYERANG
HINGGA KE KE KYIV ?
PELURU BERPANDU
MELEDAK DI KYIV
APAKAH RUSIA
SEDANG MERANCANG
SERANGAN PUKUL MATI ?
DUNIA BERHARAP
PERANG AKAN TAMAT
TAPI AMERIKA & NATO
MAHU PERANG
DITERUSKAN
BAIK UNTUK KILANG SENJATA
BAIK UNTUK PARA KONTREKTOR
BAIK UNTUK KAUM PEMODAL
AWAS !!!!
RAMALAN TELAH DIBUAT
EKONOMI AMERIKA
KEPALA SEMUA EKONOMI DUNIA
AKAN MENJUNAM
EKONOMI CHINA MERAH
KEDUA TERBESAR DALAM DUNIA
JUGA SEDANG PARAH
NEGARA NEGARA KECIL
LAGI TERUK
SRI LANGKA
GHANA
PAKISTAN
KENYA
SOMALIA
NIGERIA
BANGLADESAH
MENGHADAPI KRISIS MAKANAN
RAMAI WARGA SEDANG KEBULUR
SEMUA AKIBAT
MALAPETAKA CUACA
HAITI
NEGARA PALING BAHAYA
DALAM DUNIA
NEGARA INI DI KAWAL OLEH SAMSENG
KERAJAAN DAH RUNTUH
KUMPULAN SAMSENG
SANA SINI
CULIK BUNUH ROGOL
MENJADI JADI
KERAJAAN HAITI
MINTA BALA TENTERA
LUAR DATANG BANTU
UNTUK AMAN KAN NEGARA
TAK SATU NEGARA PUN
YANG MAHU DATANG BANTU
BAYANGKAN JIKA HAITI
ADA MINYAK AMERIKA NATO
MACAM DI LIBYA
PASTI HANTAR ASKAR
TAPI HAITI NEGARA PAPA
TAK SAPA AMBIL POT
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH
KL & KL SENTRAL CERAH
BUKIT BUKIT DI HULU LANGAT
NAMPAK CERAH
LANGIT AGAK KELABU
MATA HARI BELUM KELUAR
TIONG DAN TERKUKUR
BERSUARA
DI UDARA
SEBUAH PESAWAT
DALAM PERJALANAN KE KLIA
GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
WALAU PUN KETIKA GUA MENGETIK
MATA HARI BELUM MUNCUL
AMIN
BRO
SENYUM
KITA RAYAKAN SENIN
YANG INDAH
BRO
JANGAN CAKAP
TAK BOLEH CAKAP HAL ITU
AKHIRNYA
PEKARA ITU AKAN DIDENGAR JUGA
BRO
LU JANGAN PENCILKAN
DIRI LU
DARI MASYARAKAT KELILING
BRO
BERTINDAKLAH SEKARANG
KETIKA LU ADA MASA
KETIKA LU ADA TENAGA
KETIKA LU ADA PELUANG
BRO
DUNIA INI AKAN
JADI WILAYAH GELAP
PADA SESIAPA YANG
MENJENGOK MEJA ORANG LAIN
BRO
KITA TAK BOLEH
SELESAIKAN MASALAH ITU
DENGAN FIKRAH SAMA
YANG MELAHIRKAN MASAALAH ITU
BRO
MAT BEBAL
PECAHKAN RAHSIA DIRI SENDIRI
BRO
SETENGAH KEBENARAN ITU
SAMA TARAFNYA
DENGAN KEPALSUAN PENUH
BRO
KALAU TIDAK KERANA TAKUT
DOSA INI AMAT MANIS RASANYA
BRO
KALAU HARI INI
LU MASIH TAK TAHU
KENAPA LU HIDUP
INI MAKNANYA LU
MASIH BELUM HIDUP
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
UCAPAN KEJAYAAN
UNTUK ARGENTINA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan