Wakil rakyat desak pertimbang sekatan kemasukan rakyat China ke Malaysia
PUTRAJAYA perlu mempertimbangkan beberapa bentuk sekatan perjalanan bagi pengembara dari China ke Malaysia sebagai langkah kecemasan sementara bagi mengekang lonjakan jangkitan kes Covid-19 di negara ini, kata Kelvin Yii.
Ahli Parlimen Kuching itu berkata ia penting bagi melindungi rakyat selain menghalang berlakunya krisis sekali lagi yang mungkin menjejaskan sistem kesihatan negara.
“Kita melihat beberapa negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Korea Selatan dan India mengenakan beberapa syarat bagi kemasukan warga China terutama selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (PBB) umum kebimbangan tentang kenaikan laporan kes di China selepas negara itu menghentikan dasar sifar Covid,” katanya dalam satu kenyataan.
China mula melonggarkan protokol pengurusan Covid-19 di negara itu akan menyaksikan rakyatnya mula melakukan perjalanan ke luar negara.
Yii berkata Putrajaya juga perlu mempertimbangkan beberapa sekatan bagi mengelak peningkatan pantas jangkitan di negara ini sementara mengimbangkan keperluan ekonomi dan gaya hidup, terutama berkaitan perjalanan penting.
“Ini mungkin termasuk syarat pengembara perlu sudah divaksin (jenis vaksin diterima akan ditetapkan kemudian) dan melakukan ujian Rt-PCR sekurang-kurangnya dua hari sebelum perjalanan.
“Apabila tiba, kita boleh melakukan ujian RTK-Ag dan mereka yang positif akan dikuarantin tujuh hari di lokasi dikhaskan dan sampel mereka digunakan untuk analisis genom.
“Mereka yang mahu melawat China juga perlu digalakkan mengambil suntikan dos penggalak dan cuba menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting,” katanya.
Yii berkata kerajaan perlu terus menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka terutama di tempat tertutup dan sesak.
Katanya, ini sangat penting memandangkan sambutan Tahun Baharu China yang akan tiba tidak lama lagi memungkinkan jangkitan tempatan berlaku. – 29 Disember, 2022.
2 ulasan:
Vaccine Salesman of the Year: WHO Chief Says COVID Boosters "Are Used by Countries to Kill Children" - Fake Fact-Checkers Freak Out
https://www.thegatewaypundit.com/2022/12/vaccine-salesman-year-chief-says-covid-boosters-used-countries-kill-children-fake-fact-checkers-freak/
Kerana RASUAH banyak perkara berlaku dulu kini selama lamanya, apabila ada rasuah semua tak baik jadi, dari tanah sampai atas Pokok dijual, haramkan budaya rasuah dalam masyarakat, boleh tembak tak macam Judge Dredd? Kah kah kah tanya Hj Bawang macam mana nak atur? Kah kah kah
Catat Ulasan