Badan kehakiman harus bebas, kata Anwar
KETUA hakim negara dan badan kehakiman perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini penting bagi memberi signal yang jelas kepada rakyat bahawa terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing.
“Saya rasa tidak harus perdana menteri itu mencalonkan hakim yang senang dengan dia, walaupun ada satu dua yang saya rasa patut teliti semula, tapi saya fikir lebih baiklah saya beri signal yang jelas beri ruang kepada ketua hakim negara dan badan kehakiman untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, bukan kerana nafsu, kemarahan atau pun puak,” katanya dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Beliau berkata badan kehakiman yang dulunya tidak diragui dan tidak mungkin disangkal, dianggap berkompromi di bawah penguasaan eksekutif, selain pandangan Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) yang menganggap ada kepincangan dan kelemahan dalam badan kehakiman.
“Tapi kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada perubahan dan pelantikan badan kehakiman umpamanya, saya belum pernah campur satu pelantikan pun sekali. Saya ikut proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kemudian ketua hakim negara mengemukakan (nama) dan saya terima,” katanya.
Mengenai isu rasuah dan integriti, Anwar berkata beliau telah memberikan kelonggaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak menyiasat sepenuhnya, bermula dari peringkat atasan.
“Saya beritahu kepada pihak penguatkuasaan harus tegas tidak kira ...(sesiapa pun) dan kepada rakan-rakan Jemaah Menteri pun, saya setiap minggu pesan bahawa saya tidak pertahankan andai kata ada kesilapan ataupun bukti tentang amalan memunggah kekayaan negara,” katanya.
Beliau juga berkata berdasarkan kes di negara ini, terdapat ‘ikan bilis’ dan ‘jerung’ yang telah ditangkap dan dipenjarakan kerana isu terbabit dan percaya ada banyak lagi kes seperti itu berlaku.
“...yang agak memualkan saya ialah kita ada pengalaman di mana ‘orang besar’ pun sudah ditangkap tetapi belum ada pengajaran. Kalau lihat umpamanya fail-fail (isu) tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan Jana Wibawa, setiap kes itu ada sahaja percubaan pemunggahan kekayaan oleh tokoh-tokoh itu.
“Jadi dalam kesempatan sedia ada, insya-Allah saya akan pastikan ada tindakan supaya dijadikan pengajaran kepada mereka yang lalu dan yang sekarang,” katanya.
Menjawab kritikan sesetengah pihak kononnya pendekatan sedemikian berunsur politik dendam, Anwar berkata ia hanya dianggap begitu jika ada ‘orang takut disiasat’.
Katanya beliau tidak pernah masuk campur malah telah memberi arahan yang jelas kepada SPRM bahawa kerajaan pimpinannya tidak mahu bersikap menutup kes atau memilih dalam soal siasatan.
“...tetapi sepertimana yang kita lihat, umpamanya yang berlaku sekarang ialah beberapa langkah untuk terus menyiasat tapi terus ada tuduhan seolah-olah ini balas dendam.
“(Hakikatnya) kalau kita tidak buat apa-apa, mereka kata ini bukan tadbir urus yang baik, mahu menutup kes rasuah yang besar, tapi bila kita ambil tindakan, mereka kata ini politik untuk menekan pihak tertentu,” katanya. – Bernama, 7 Januari 2023.
3 ulasan:
Ni cakap betul ke atau cakap nak menyedapkan hati rakyat kat belakang buat lain,dia ni susah sikit nak pacaya
Hubaya hubaya Bhai, kalau semua laksana tugas tanggungjawab tanpa sebarang campur tangan alangkah baik sekali, tetapi sejarah membuktikan bahawa ianya tidak berlaku selama ini, kalau kenal tak saman, kalau tak dapat pau saman, kalau bayar tak saman, ini baru penguatkuasaan tepi jalan, kenal tak ada apa, VIP tak saman, mat basikal motor kena selalu, maksud yang hina rendah taraf selalu dikenakan hukuman, manusia biasa begitu, kalau kereta besar jarang kena tahan road block, kah kah tak percaya tengok bas Express bawa laju, lori kontena bawa laju tak pernah kena tahan pun, kah kah kah adakah sebab ada imbuhan bulanan? Saja tanya jangan marah, semalam PM X sampai polis bukit aman, apa amanat disampaikan? Ada bagi warning tak? Bila Ayob Khan nak jadi IGP? Bagi lah orang baharu nampak elok banteras rasuah biar dari kepala, buka salah ekor saja selalu kah kah kah
Selagi memana pihak pun yg ada kerjasama dgn bn umngok, pihak itu tetap pincang dan tidak dipercayaai oleh rakyat. Cuma kami rakyat² ni malas nak amik tau dah since PMX dah angkat sumpah. Tambah pulak wak jahid jd tpm.. lagi rakyat meluat tgk n malas nak kata pape. Sana sini sama je buat taek hari²...
Catat Ulasan