Selasa, 24 Januari 2023

PERANGAI WAKIL ALLAH




Gerakan mahu hapuskan Islamofobia terhadap Perikatan


KEJAYAAN “gelombang hijau” dinikmati Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15  dijangka akan berlanjutan pada enam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tahun ini, kata Presiden Gerakan Dominic Lau.

Menurutnya hampir semua pengundi Melayu mengundi gabungan itu yang dipimpin oleh PAS dan Bersatu.

Beliau yakin gabungan itu akan terus membawa gelombang yang sama dalam PRN di enam buah negeri mendatang yang dipegang oleh PAS – Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tiga lagi negeri diterajui Pakatan Harapan – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Cabaran terbesar sekarang bagi PN adalah untuk memenangi sokongan daripada pengundi bukan islam (di tiga negeri tersebut).


“Untuk itu, Gerakan perlu hapuskan Islamofobia dalam kalangan bukan Islam. Kita perlu buat kerja yang baik di kawasan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Lau berkata Gerakan memahami ketakutan terhadap pengislaman di tangan Bersatu dan PAS susulan ada juga ahli parti yang melahirkan kebimbangan itu.

“Kami sudah adakan pertemuan dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkait perkara ini.

“Kami juga nyatakan pandangan dan kebimbangan golongan bukan Islam, isu yang ditakuti dan  harapan keseimbangan dapat dicapai melalui pertemuan itu.

Namun menurut Lau dalam keadaan perbincangan dengan PN sedang berjalan, kebimbangan akar umbi khususnya dalam kalangan bukan Islam masih ketara.

“Untuk atasi ini, kami akan dapatkan ahli kami dari Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk didik akar umbi terhadap situasi sebenar di sana dan larangan-larangan lain.

“Kami perlu mulakan dengan ahli parti kami sebelum meyakinkan pengundi bukan Islam yang lain.

“Saya selalu rasa Malaysia ini negara pelbagai etnik dan budaya. Kita perlu faham antara satu sama lain untuk bersatu,” katanya.

Katanya untuk memahami kebimbangan bukan Islam, penting untuk disampaikan kepada rakyat PN merupakan sebuah gabungan yang pelbagai.

“Jadi kita akan jemput Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang untuk sertai sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kami akan gunakan platform ini untuk kukuhkan hubungan,” katanya.

Tambahnya, perkara itu perlu dilakukan segera susulan PRN bakal berlangsung sekitar Mei nanti.

Pulau Pinang tidak akan jadi seperti Kedah bawah Perikatan

Lau turut menolak kebimbangan rakyat PN akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negara Islam seperti Kedah jika negeri itu ditawan.

Katanya, banyak komen dalam talian yang melahirkan kebimbangan dengan mengatakan sesiapa yang menyokong Gerakan akan menyokong mengubah Pulau Pinang kepada Kedah.br /> Menurutnya, Pulau Pinang tidak boleh dibandingkan dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana majoriti pengundi di negeri itu adalah Melayu terutama di Pantai Timur.

“Pulau Pinang tak sama dari segi populasi di mana pendudukanya sama rata antara yang Islam dan yang bukan Islam.

“Daripada 40 kawasan, hanya 15 kawasan Melayu dan selebihnya kawasan campuran atau Cina,” katanya.

Katanya lagi, dengan struktur itu PAS tidak bebas untuk melaksanakan sebarang dasar Islam di Pulau Pinang.

“Sebab mereka (PAS) faham populasi di negeri itu bukan semuanya Muslim , ada juga agama lain jadi mereka tidak akan kuat kuasakannya,” katanya. Jelasnya jika pengundi di Pulau Pinang memberi mandat kepada PN, Gerakan akan pastikan kerajaan baharu itu akan melaksanakan dasar yang adil dan saksama tanpa menjejaskan hak agama dan budaya semua kaum.

“Saya akan jadikan Pulau Pinang negeri yang mencari titik persamaan dalam perbezaan iaitu kita boleh miliki agama, budaya dan kaum yang berbeza, dan kekalkan hak dan kepentingan masing-masing.

“Pendek kata Pulau Pinang pastikan bukan Kedah yang kedua,” katanya.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tindakan PAS dikatakan menakutkan pengundi bukan Islam dalam memaksakan idelogi mereka kepada semua pihak.

Minggu lalu, zhli Parlimen Permatang Pauh membangkitkan soal penjualan dan promosi arak secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya.

Pada 1 Januari lalu pula, Kedah menutup semua premis perjudian dan nombor ekor. Malah Kedah juga mengumumkan pada 11 Januari akan mengawal penjualan arak selain hanya akan membenarkan penjualan di kawasan didiami bukan Islam. – 23 Januari, 2023.

WOIT

BUKAN BENCI

AGAMA

AMIN

BULAN BENCI

ISLAM

AMIN

TAPI BENCI

PERANGAI 

TINDAK TANDUK

SOSOK

YANG KLIM

WAKIL ALLAH

AMIN

MEREKA

 MENYUSAHKAN

HIDUP

 UMAT MANUSIA

DIATAS BUMI INI

ATAS NAMA ALLAH

AMIN

TAKDA

 CHRISTIANPOBIA

TAKDA ATEISPHOBIA

TAKDA SHINTOBOBIA

KHALAS

KITA MELAYU

BUKAN ARAB

MEREKA CHINA

BUKAN ARAB

MALAH ARAB

SENDIRI PUN

DAN BOSAN

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA MBS

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu toron jubo lu kena hiv lu mampus.. sebar kobit lu mati, lu perang dunia lu mampus..lu bolot ekonomi orang lain miskin mampus. lu kata islam susahkan manusia... kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Gerakan pernah pegang jawatan Ketua Menteri Penang dulu, asal pembangkang join BN, kemudian kuasa kuasa jadikan kerajaan bukan lagi bangkang, kerja bangkang senang kerja kerajaan susah kah kah kah bila kena tolak masuk gaung, terus hidup sampan simpan kah kah kah