Ahad, 12 Februari 2023

SERANG DULU BAGI SUSAH



Jangan bermuka-muka berhubung tindakan SPRM, kata Fahmi kepada Muhyiddin


PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin tidak seharusnya bersikap bermuka-muka berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap partinya berkaitan pembiayaan politik, kata Fahmi Fadzil hari ini.

Ketua Penerangan PKR itu berkata, Muhyiddin harus menerima siasatan seperti mana sokongan beliau sebelum ini apabila tindakan sedemikian diambil terhadap parti lain seperti Umno.

“Tetapi, saya ingin mengingatkan ahli-ahli Bersatu bahawa mereka perlu mengingatkan presiden parti mereka supaya tidak bermuka-muka berhubung pendiriannya mengenai SPRM dan pembekuan akaun (parti itu).

“Mungkin peringatan kepada mereka bahawa mereka perlu mengingatkan presiden parti mereka apa itu adil,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 2018, apabila akaun Umno dibekukan, Muhyiddin, yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu, berkata SPRM mempunyai hak untuk membekukan akaun berdasarkan penemuannya.

Bagaimanapun, minggu lalu, Muhyiddin berkata pihaknya akan menulis surat kepada SPRM untuk meminta agensi antirasuah itu membatalkan pembekuan akaunnya.

Ketua Perusuhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa akaun Bersatu dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menuduh kerajaan menggunakan SPRM sebagai alat politik.

Muhyiddin sebelum ini menafikan dakwaan kerajaannya telah menyeleweng RM92.5 bilion dana kecemasan Covid semasa beliau menjadi perdana menteri.

Mengenai laporan Bersatu kepada SPRM mengenai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), yang mendakwa perbelanjaan berlebihan semasa pilihan raya umum November, Fahmi tidak menjawabnya tetapi berkata sesiapa sahaja berhak membuat laporan.

Minggu lalu, Ketua Bahagian Bersatu Puchong Mohd Shukor Mustaffa membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung unsur perbelanjaan mewah oleh PH dan BN sepanjang tempoh kempen.– 12 Februari, 2023.


WOIT

HAMZAH APA

LU  CAKAP

KAH KAH KAH

SEMUA KERAJAAN

AKAN GUNAKAN

ALAT KERAJAAN

UNTUK TIBAI MUSUH

AMIN

PKR BUAT BETUL

KALAU TAK SERANG

KALAU TAK DAKWA

 MUHYIDIN AKAN LAWAN

AMIN

KERAJAAN PAKATAN 

AKAN RUNTUH

AMIN

SERANG SERANG

SERANG 

INI CARA BETUL

AMIN

LAGI PUN AZAM

BAKI NAK TUNJUK

SETIA PADA BOS BARU

YG DULU RAFIZI

KATA NAK TENDANG

KAH KAH  KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politicians say things they don't mean and they certainly don't mean what they say