Isnin, 6 Mac 2023

AMAT MASLAN PAKAR EKONOMI TERULUNG


Timbalan menteri kewangan jamin Malaysia tidak berdepan krisis ekonomi 

MALAYSIA dijangka tidak mengalami kegawatan ekonomi pada 2023 dalam keadaan kelembapan ekonomi global, kata Ahmad Maslan hari ini.

Timbalan menteri kewangan berkata, kerajaan menjangkakan ekonomi negara berkembang sekitar 4.5%.

“Malah Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia juga mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2023 masing-masing sebanyak 4.4% dan 4%.

“Jangkaan ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dan perdagangan global yang lebih perlahan tahun ini.

“Berdasarkan status ini, walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan global, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia insya-Allah tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023,” kata Ahli Parlimen Pontian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Oktober 2022, Tabung Kewangan Antarabangsa meramalkan pertumbuhan ekonomi 4.4% untuk Malaysia, sementara Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan pada 4%, berikutan pemulihan yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 7.8% tahun lepas.

Maslan menjawab soalan Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), yang bertanya mengenai rancangan kerajaan dalam berdepan cabaran ekonomi.

Maslan berkata, kerajaan akan terus mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan adil untuk rakyat dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.

Beliau berkata ini boleh dilakukan dengan memudahkan proses pelaburan.

“Ini akan mewujudkan lebih banyak syarikat permulaan yang sangat inovatif dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lumayan,” katanya.

Selain itu, Maslan menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan sehingga RM64 bilion subsidi, bantuan dan insentif untuk membantu rakyat.

“Ini dilakukan melalui bantuan tunai Rahmah yang menelan kos hampir RM8 bilion, yang dijangka memanfaatkan kira-kira 9 juta orang dengan nilai bantuan maksimum sehingga RM3,100.

“Di bawah konsep payung Rahmah, kerajaan turut membantu mengurangkan kos sara hidup melalui program Menu Rahmah serta jualan Rahmah yang menawarkan harga 30% lebih murah daripada harga pasaran,” katanya.

Maslan juga berkata, kerajaan turut menyediakan pelbagai geran, insentif, kemudahan pinjaman, jaminan pembiayaan dengan peruntukan hampir RM40 bilion tahun ini untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS).

Beliau seterusnya berkata kadar cukai MSME ke atas pendapatan boleh cukai untuk RM150,000 pertama telah dikurangkan kepada 15% daripada 17% untuk tahun taksiran 2023.

Maslan berkata kerajaan juga mengumumkan pemotongan 2% cukai individu bagi kumpulan pendapatan bercukai RM35,000 hingga RM100,000, yang boleh menjimatkan individu M40 sehingga RM1,300 setahun. – 6 Mac, 2023.

HEBAT

MAT MASLAN

KAH KAH KAH

SATU DUNIA

EKONOMI KACAU

KECUALI

MALAYSIA

AMIN

KERANA TEORI

MAT MASLAN

AMIN

KALAU AYAM

MAHAL MAKAN

DAGING

AMIN

KALAU SAYUR 

MAHAL JANGAN

MAKAN SAYUR

AMIN

MALAYSIA BANGGA

DENGAN 

MAT MASLAN

KHALAS

Tiada ulasan: