Isnin, 20 Mac 2023

LEBAI PORNO PENJAGA MORAL



Usaha angkat

 syariat Islam

 diserang, agenda

 LGBT

 dibiar – Nasrudin
KUALA LUMPUR – Pas kesal dengan sikap prejudis pihak tertentu yang cuba menghalang usaha parti itu melaksanakan syariat Islam dalam politik bernegara.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan berkata, usaha itu tidak mudah namun sekurang-kurangnya mereka jangan menolak atau menyerang pihak yang ingin melaksanakannya.

Menurut beliau, mereka mengelirukan ummah dengan fitnah kononnya Pas mempolitikkan agama serta melemparkan pelbagai istilah seperti ‘penunggang agama’ dengan tujuan memperlekehkan usaha tersebut.

“Mereka seperti buta sebelah mata, tidak pula melahirkan hasrat untuk menyerang habis-habisan pihak yang mahu menyuburkan fahaman liberal dalam negara, menganjurkan perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara terbuka dan sebagainya.

“Mata mereka terbeliak memandang ke arah kita yang bekerja keras mahu mengangkat syariat, yang mereka lekehkan sebagai mempolitikkan agama sedang kita berusaha mahu menegakkan Islam dalam amalan dan perlaksanaan politik negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kawasan Indera Mahkota menambah, bagi mereka, Islam seharusnya sama seperti agama lain, sekadar menganutnya dan menunaikan ritual ibadah yang rutin seperti sembahyang, puasa, haji, zakat, sedekah, nikah kahwin, harta pusaka serta berbicara soal keluargaku syurgaku, pembinaan anak soleh dan seumpamanya.

Beliau memberitahu, bagi urusan politik, mereka sekadar mampu menyebut dan membawa ke tengah nilai-nilai Islam seperti menyebut istilah tata kelola yang baik dan keadilan tetapi dalam masa yang sama, mereka tiada keberanian dan kemahuan politik yang tinggi bagi melaksanakan syariat Islam itu secara jelas dan tepat.

“Inilah antara projek Islamisasi pada satu ketika dahulu. Hanya sekadar menceduk nilai Islam dan kemudiannya dilaksana dalam kerangka kefahaman barat.

“Sementara syariat Islam masih disangkar oleh mereka,” jelasnya.

Nasrudin berkata, pihak berkenaan juga kelam-kabut dan gelisah apabila Pas berhasrat untuk memperkasakan mahkamah syariah.

“Sampai mengadakan debat parlimen olok-olok untuk menguji hujah bagi mendepani usaha perlaksanaan syariah menerusi pemerkasaan mahkamah syariah,” katanya. –

WOIT

PEKARA INI

PATUT DITANYA

PADA  AZALINA

AMIN

TANYA JUGA

KHALID NORDIN

AMIN

TAPI JANGAN

LUPA DALAM

INTENET DAH

BANYAK VIDEO

PORNO FREE

MACAM DI GERMAN

AMIN

ISLAM DIGUGAT

PORNO DITOTON

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah ini lah masalah dia, dia lupa bayar porno dulu sampai satu dunia tahu, kah kah kah me rest mi Kes me lord kah kah