Rabu, 15 Mac 2023

NGO TAK FAHAM POLITIK



Anwar perlu henti lantikan politik dalam GLC, kata kumpulan masyarakat sivil


REFORMIS seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya membenarkan amalan lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus berlaku di bawah pentadbirannya, kata kumpulan masyarakat sivil.

Kumpulan itu melahirkan kekesalan susulan amalan itu masih diteruskan sedangkan masih ramai yang berkelayakan berbanding ahli politik untuk memimpin GLC.

Kenyataan ini susulan lantikan terbaharu bekas ketua pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Mara.

Lantikannya itu disahkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid memberi maklum balas susulan gambar yang tular di Twitter menunjukkan orang nombor dua negara itu menyerahkan surat lantikan kepada Asyraf. Ciapan itu menerima kritikan netizen yang mempertikai lantikan tersebut.

Asyraf mengambil alih jawatan itu daripada Ahli Parlimen Beaufort Azizah Mohd Dun - Bersatu Sabah yang menyandang jawatan itu sejak tiga tahun lalu.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Anil Netto daripada Aliran berkata Putrajaya boleh saja memilih seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan untuk menguruskan Mara – salah sebuah agensi terbesar milik kerajaan dengan rizab berbilion ringgit.

Katanya, meskipun Asyraf layak namun masih ramai pakar lain dalam bidang itu yang boleh menguruskan Mara. Netto berharap keputusan itu boleh dikaji semula.

“Ini membimbangkan. Amalan sama dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan mereka tiru.

“Kita perlukan orang yang berkepakaran untuk memimpin GLC, pakar yang ada latar belakang pentadbiran. Mara ada rizab berbilion, walaupun pengerusi baharu ini berkelayakan tapi ada ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk pimpin Mara.

“Ini macam ketika Anwar lantik Nurul Izzah (anaknya). Bukannya beliau tidak layak tapi ada orang lain yang boleh buat kerja itu.

“Saya harap kerajaan boleh kaji semula keputusan (lantikan Asyraf). Kita perlu tunjukkan contoh yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata seseorang seperti Anwar tidak sepatutnya membenarkan amalan seperti itu berlaku di bawah pengawasannya.

Kata Fann lantikan itu naungan politik yang merupakan satu musibah terhadap negara sejak berdekad lalu.

“Amat dikesalkan apabila Anwar, seorang reformis yang berkempen lebih dua dekad membenarkan ini.

“Dan jika mereka wakil rakyat yang dipilih, ia akan mencetuskan politik berkepentingan dan merugikan pengundi yang memilih mereka. Masa dan perhatian mereka akan terbahagi antara tanggungjawab Parlimen dan korporat,” katanya.

Katanya, ahli Parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu dihalang daripada memegang jawatan dalam GLC.

“GLC penjaga kepada kekayaan dan sumber awam di mana kita perlu melantik orang yang paling layak untuk menambah nilai kepada entiti korporat tersebut bukannya menghabiskan dana awam untuk bayar gaji yang lumayan.

“Senario yang lagi teruk, dana itu boleh diseleweng untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Fann turut menyeru kebertanggungjawaban awam berkait lantikan tersebut dan proses pelaksanaannya yang jelas.

“Ini untuk memastikan calon terbaik dipilih berdasarkan kelayakan dan pengalaman mereka,” katanya. – 14 Mac, 2023.



MASYARAKAT SIVIL

TAK FAHAM POLITIK

KAH KAH KAH

KALAU TAK

 KERJA DLM

GLC  MANA NAK

RABA FULUS

KAH KAH KAH

INI CARA KERJA

POLITIK DI MSIA

KAH KAH KAH

MALAON DIBERI

KERJA DLM GLC

SUPAYA ADA DUIT

DAN TERUS SETIA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: