Jumaat, 24 Mac 2023

ZAHID SAMAN MADEY


Bicara kes Zahid saman Dr Mahathir ditetapkan 6 November

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan empat hari bagi perbicaraan kes saman difailkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada 6 November depan.

Malaysiakini memetik kenyataan peguam defendan, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata tarikh 6 hingga 9 November itu ditetapkan ketika pengurusan kes sebelum ke Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini.

Zahid memfailkan tuntutan saman terhadap pengerusi Pejuang itu pada tahun lalu berhubung tuduhan Zahid bertemu Dr Mahathir selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk cuba memihak kepada Dr Mahathir kerana Zahid menjangkakan akan menghadapi pertuduhan jenayah.

Zahid dalam penyata tuntutannya menafikan pernah bertemu Dr Mahathir untuk membincangkan kesnya di mahkamah atau tindakan oleh agensi penguatkuasa sebelum Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan Dr Mahathir adalah fitnah dan berniat jahat.

Zahid menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta injunksi terhadap Dr Mahathir, pegawai, pembantu atau ejennya daripada mengulangi kenyataan yang didakwa memfitnah itu, serta mengarahkan bekas perdana menteri itu berusaha memadam atau menyunting rakaman kenyataannya yang disiarkan media. – 24 Mac, 2023.

ZAHID SAMAN

MADEY

KAH KAH KAH

MADEY SAMAN

ZAHID

KAH KAH KAH

YUSUF

 SAMAN ANWAR

KAH KAH KAH

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KAH KAH KAH 

KHALAS

Tiada ulasan: