Khamis, 27 April 2023

LANGKAH BETUL



KKM arah 2 pengeluar mi segera tarik balik produk

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengarahkan dua syarikat mi segera untuk secara sukarela menarik balik produk mereka susulan dakwaan ia mengandungi bahan penyebab kanser.

Kedua-dua produk yang didakwa mengandungi etilena oksida, sebatian kimia yang dikaitkan dengan limfoma dan leukemia adalah mi keluaran tempatan “Ah Lai White Curry Noodles” dan “Indomie: Perisa Ayam Istimewa” dari Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata walaupun “Ah Lai White Curry Noodles” buatan Malaysia memenuhi keperluan pematuhan tempatan, kementerian memutuskan untuk meneruskan arahan menarik balik produk bagi memastikan keselamatan makanan.

“KKM mengarahkan pengilang untuk secara sukarela menarik balik produk tersebut yang tamat tempoh pada 25 Ogos dari pasaran tempatan,” kata Radzi dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Isnin, dilaporkan Jabatan Kesihatan Taipei mendapati kedua-dua mi segera ini mengandungi bahan penyebab kanser.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata pihaknya mendapati “Ah Lai White Curry Noodles” dari Malaysia dan “Indomie: Perisa Ayam Istimewa” dari Indonesia kedua-mengandungi etilena oksida, sebatian kimia yang dikaitkan dengan limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata ujian mendedahkan etilena oksida dikesan dalam kedua-dua mi dan paket perisa produk Malaysia tetapi hanya dalam paket perisa produk Indonesia.

Berdasarkan semakan, Radzi juga mengesahkan “Indomie: Perisa Ayam Istimewa” buatan Indonesia diimport ke Malaysia.

Kementerian juga menyeru pengeluar untuk secara sukarela menarik balik produk dari pasaran tempatan, sambil menambah ujian akan dijalankan ke atas kumpulan baru yang memasuki negara.

Sementara itu, Razdi berkata kementerian menjalankan ujian ke atas beberapa jenama mi segera, dengan mendakwa mendapati etilena oksida dalam 11 sampel Mi Sedaap yang dihasilkan di Indonesia.

Selain limfoma dan leukemia, etilena oksida boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan keturunan.

Beliau berkata tindakan undang-undang diambil, notis kompaun dikeluarkan, dan produk itu ditarik balik.

Dalam reaksi segera, Fa E Fa Sdn Bhd, pengeluar mi kari putih yang berpangkalan di Pulau Pinang, berkata ia menghantar produknya untuk ujian dan menjangkakan hasilnya akan dikeluarkan dalam masa seminggu.

Jurucakap syarikat itu berkata produk mi yang diuji oleh Jabatan Kesihatan Taipei adalah dari tahun lepas dan ia tidak lagi dijual di dalam negara. – 26 April, 2023.

INI CARA BETUL

LAGI BAIK

AMIN

NAMAKAN JENIS

MAKANAN BAHAYA

AMIN

NAMAKAN

SYARIKAT PEMBUAT

AMIN

BERI KESEDARAN

PADA RAKYAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: