Korea Utara lancar peluru berpandu, penduduk Hokkaido diarah berlindung
KERAJAAN Jepun menggesa penduduk di wilayah utara Hokkaido untuk berlindung pada pagi Khamis selepas Korea Utara disyaki melancarkan peluru berpandu balistik.
Dalam amaran dikeluarkan, kerajaan mengarahkan penduduk Hokkaido agar berlindung di dalam bangunan atau bawah tanah dan memberi amaran peluru berpandu itu dijangka mendarat sekitar 8 pagi waktu tempatan (1100 GMT). – AFP, 13 April, 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan