Jumaat, 28 April 2023

TABEK UNTUK PARTI AMANAH


Tolak pengampunan Najib


DIKATAKAN Lembaga Pengampunan akan bersidang dan membuat keputusan sama ada akan memberikan pengampunan kepada Najib Razak atau tidak pada Jumaat 28 April. 


Sudah pasti ia merupakan satu peristiwa yang akan ditonton bukan sahaja oleh Malaysia tetapi dunia.

Keputusan ini akan menetapkan batu tanda yang penting dalam sejarah negara ini. Ia akan memberi petanda sejauh mana perjuangan menentang rasuah dan salah guna kuasa diambil serius atau sekadar cogan kata politik dan pilihan raya sahaja.

Dalam pada itu, ramai yang bertanya, apa pendirian Amanah, sebagai rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan melalui Pakatan Harapan (PH) dalam isu ini. 

Ramai turut hairan dengan apa yang disebut sebagai “the deafening silence” atau “kesunyian yang memekakkan” berhubung isu ini, khususnya oleh parti-parti gabungan PH.

Kami ingin tegaskan bahawa Amanah mengakui dan mengiktiraf, pengampunan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Namun demikian, tiada salahnya untuk Amanah memberi pandangannya terhadap isu ini. 

Diharap pandangan ini apabila disuarakan akan membantu YDPA untuk membuat keputusan yang baik dan tepat bagi dirinya, institusi Raja-raja Melayu dan negara ini secara keseluruhannya.

Amanah berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa. 

Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Semua memahami, masalah dan penghalang utama terhadap membangunkan sebuah masyarakat madani dalam konteks negara kita adalah rasuah dan salah guna kuasa. 

Sering dikatakan bahawa rasuah dan salah guna kuasa telah dijadikan budaya rakyat negara dan oleh itu apa jua usaha untuk membangunkan sebuah masyarakat dan negara madani mesti menumpaskan pengamal rasuah dan salah guna kuasa secara tuntas dan muktamad.

Kerajaan semestinya mengisytiharkan perang terhadap amalan-amalan terkutuk tersebut.

Apakah memberikan pengampunan kepada orang yang memalukan negara di serata dunia akan menunjukkan sikap tegas dan tiada kompromi kita terhadap rasuah? Sudah pasti tidak! 

Sebaliknya ia akan memberikan isyarat salah bahawa perang rasuah hanya cogan kata kosong untuk kepentingan politik dan akhirnya semua akan kembali seperti biasa.

Apatah lagi, satu demi satu negara di dunia sedang membicarakan pihak-pihak yang bersekongkol dengan Najib dalam skandal 1MDB ini.

Kalau sebelum ini Amerika Syarikat, Singapura, Kuwait dan terkini Switzerland pula membicarakan pesalah dalam skandal 1MDB ini.

Selepas 13 dari 14 hakim bersidang bagi membicarakan Najib memutuskan beliau bersalah tiba-tiba negara melalui Lembaga Pengampunan mahu memberikan pengampunan kepada beliau pula? 

Tidakkah ini bererti adanya golongan yang kebal undang-undang dan “above the law”?

Persoalan pengampunan ini dibawa oleh Umno atas rasa tanggungjawab mereka terhadap bekas presiden mereka.

Walaupun sifat kesetiaan dan mengenang jasa terhadap pemimpin secara amnya adalah satu sifat positif, namun dalam konteks ini adalah lebih baik Umno bersama PH menunjukkan komitmen terhadap usaha memerangi rasuah yang menjadi paksi masyarakat madani.

Tindakan Umno kelihatan sedikit terpesong dari wawasan masyarakat madani yang diperjuangkan bersama.

Lagipun, Najib berdepan dengan banyak lagi kes di mahkamah yang sedang dibicarakan. 

Apakah selepas diampunkan, beliau akan masuk ke penjara lagi jika didapati bersalah selepas ini? 

Atau dianggap beliau berada di satu maqam dan kedudukan istimewa yang kebal undang-undang?

Dengan penuh hormat dan takzim, kami dari Parti Amanah Negara merayu kepada YDPA dan Lembaga Pengampunan supaya permohonan pengampunan ini ditolak dan Najib terus dipenjarakan atas sebab kesalahan yang jelas telah beliau lakukan. 

Hanya dengan itu rakyat akan yakin bahawa kerajaan perpaduan dan Institusi Raja-raja Melayu, bersama YDPA, ingin menyelamatkan negara kita dari pandemik rasuah dan salah guna kuasa yang melanda negara sejak sekian lama. – 28 April, 2023.

* Khalid Abd Samad,
 pengarah Komunikasi Amanah.


TABEK HORMAT

UNTUK PARTI

AMANAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab kritikan pembangkang terhadapnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pelbagai gelaran diberikan kepadanya oleh pembangkang namun bukan gelaran "pencuri".

"Mereka mendakwa Anwar zalim, dan menindas rakyat. Tetapi satu perkara yang mereka tidak sebut, Anwar mencuri hak rakyat.

"Dia tak sebut kerana itu hak dia," katanya semasa berucap di Himpunan Madani di Alor Setar, Kedah, malam ini.

Kah kah kah ini betul betul betul, belum sampai masa, belum nampak lagi saja, mungkin bukan dia tapi kunci kunci sudah mula kerja belakang dia, apa pun harapan seluruh rakyat supaya kepimpinan agar bersih tidak rasuah bekerja untuk negara kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ceh taik dia la dulu Anwar dpt kluor awal pasei dia sbgai menteri wilayah yg arrange.

Tanpa Nama berkata...

Tah apo2 komen. Agung bukan bodoh. Yang bohoh tu amanah. Sonyap lg baik. Sobab tu ramai ahli termasuk adun yang msk pkr.