Rabu, 24 Mei 2023

ANNUAR BOCOR PROJEK GELAP ZAHID


Halalkan DAP rancangan pemimpin UMNO dua tahun sebelum PRU15 – Annuar

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO,  Annuar Musa mendakwa parti itu sudah menggerakkan langkah penerimaan DAP sebagai rakan sekutu sebenarnya sudah dirancang dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Jelas beliau, ia dibuktikan apabila ada perkiraan untuk membentuk jajaran baharu semata-mata untuk memberikan sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

“Penerimaan DAP ini dirancang oleh pemimpin tertentu dalam UMNO, dua tahun sebelum pilihan raya lagi. Jadi kita akan ceritakan yang sebenarnya nanti jika perlu kita terpaksa dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

“Dua tahun lepas lagi sebelum PRU sudah dibuat perkiraan perhitungan jajaran baru untuk beri sokongan pada DAP sedangkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tak diberitahu.

“Jangan sekarang baru nak reka naratif menghalalkan tindakan kerana naratif itu bukannya naratif yang betul,” katanya dalam satu video berjudul ‘Naratif palsu nak menghalalkan DAP. Saya jawab!’ di Facebook rasminya hari ini.


Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata demikian merujuk kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan bagaimana UMNO harus berkawan dengan DAP.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid mengenai penolakan DAP oleh orang Melayu disebabkan oleh faktor politik adalah sesuatu yang tidak betul.

Jelasnya, UMNO dahulu menolak keras sebarang kerjasama dengan DAP disebabkan oleh idelologi yang dibawa oleh parti tersebut.

“Sejak bila penolakan DAP soal orang Melayu, Cina, kalau soal orang Melayu ada dalam DAP, sekarang Zainal Rampak dulu DAP. Ahmad Nor dulu DAP, Naib Presiden (DAP) lagi.

“Kita orang Melayu semua tidak menerima DAP, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak menerima DAP, kerana ideologinya bukan kerana soal bangsa Melayu mahu pun Cina, jangan cuba mereka-reka alasan dan sebab menyembunyikan sebab sebenar,” katanya lagi. – 

ANNUAR BOCOR

PEROJEK GELAP

ZAHID

AMIN

MELAYU BUKAN

TAK SUKA DAP

MELAYU TAK SUKA

ZAHID & NAJIB

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup umpama tolak ansur tolerance give and take policy kalau tak mahu asyik bergaduh asyik tengkar tak habis habis, negara huru hara susah semua, yang curi terlepas yang rompak senang lenang, sekarang nampak ada kerja jalan, ada penguatkuasa ambil tindakan sekarang ada perubahan tapi kapitalis tak suka perompak tak suka kah kah kah