Ahad, 28 Mei 2023

HADI NASEHAT KAKI RASUAH



UMNO akan tersasar jika terus bersama DAP – Hadi

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus tersasar daripada perjuangan asalnya selagi parti itu diterajui oleh pemimpin yang mengikut ‘kompas’ DAP, parti yang berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, ahli UMNO yang setia kepada perjuangan serta masih berada di atas ‘bahtera’ sama akan ‘diubah’ hala tuju oleh pemimpin yang menguasai UMNO ketika ini.

Malah, mereka akan diheret untuk berada di luar perjuangan asal.

“Selagi masih berada di atas bahtera yang tidak berjaya diubah pemandunya (pemimpin) yang mengikuti kompas DAP dan rakan-rakannya, maka bahtera UMNO (akan) menuju ke arah tujuan yang salah dan sesat daripada perjalanan perjuangan asalnya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden Pas, di Facebook hari ini.

Abdul Hadi berkata, malang bagi UMNO yang meninggalkan prinsip perjuangan mereka dan memilih jawatan yang ditawarkan oleh PH yang dikuasai DAP termasuk menjadi menteri, menteri besar, Exco, jawatan-jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya.

“Seterusnya, UMNO secara terbuka bersama PH didominasi oleh DAP yang berada di belakang, namun menjadi penggerak yang paling berpengaruh,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, lebih menghairankan apabila UMNO yang mempunyai ‘masalah’ itu boleh diterima oleh PH, sekali gus mendedahkan pembohongan perjuangan reformasi yang dilaungkan secara menipu oleh gabungan itu selama ini.

Katanya, maka pemimpin UMNO ‘berkumpul’ menipu ahli dan pengikut parti itu demi untuk bersama PH bagi menipu rakyat.

“UMNO kehilangan kewibawaan dan maruah (apabila) para pemimpin mengheret UMNO bersama DAP. (Ini dapat disaksikan) apabila himpunan bersama PH di dalam rumah kepunyaan UMNO iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri oleh pemimpin PH khususnya DAP.

“… tiba-tiba gambar para pemimpin UMNO yang disanjung menjadi pejuang kemerdekaan dibuang atau ditutup dengan kehadiran ‘kawan baharu’,” katanya.

Abdul Hadi berkata, peristiwa itu menunjukkan pemimpin UMNO sudah kehilangan izzah (keperkasaan) mereka selepas meninggalkan prinsip perjuangan parti.

“Kerana hendak menyelamatkan diri dan mengejar jawatan, maka prinsip asasi parti tidak dipedulikan dengan meninggalkan perjuangan yang menjadi asal penubuhan Umno.

“Bukan lagi ahli-ahlinya dan umat yang menjadi keutamaan, tetapi semata-mata ingin menyelamatkan diri dan memburu jawatan yang diumpankan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, tidak banyak perbezaan antara Pas dengan UMNO, hanya pendekatan dan bagaimana meletakkan keutamaan yang berlainan sahaja menimbulkan ketegangan antara kedua-dua parti.

Justeru, katanya, apabila ada masalah yang besar dan penting berlaku, Pas dengan mudah dapat bekerjasama dengan UMNO.

“Ia menunjukkan bahawa tidak ada masalah dasar yang membezakan antara Pas dengan UMNO, sebaliknya hanyalah masalah pendekatan.

“Apabila UMNO menjadi parti yang berkuasa memimpin negara dalam tempoh masa yang lama, maka banyaklah kelemahan yang berlaku dalam partinya dan kerajaannya.

“Adapun Pas dan DAP dapat dilihat perbezaan prinsip atau dasar antara aqidah yang dipegang oleh Pas dengan ideologi yang dibawa oleh DAP,” katanya.

Beliau berkata, DAP yang ditubuhkan kemudiannya, menunjukkan sifat ekstrem terhadap Islam dan kepimpinan Melayu Islam yang dipertahankan oleh Pas.

“DAP menetapkan kedudukan Islam mengikut kehendak Suruhanjaya Reid dengan tafsiran sekular yang tidak menepati ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, mereka juga mentafsirkan hak asasi manusia mengikut agenda Barat yang liberal.

“Perjuangan DAP ke arah Malaysian Malaysia juga menjadikannya bercanggah dengan dasar yang dipertahankan oleh PAS.

“Maka, kerjasama Pas dan DAP tidak boleh melampaui sempadan prinsip dan konsep asas dalam perjuangan Pas,” katanya.

Abdul Hadi berpandangan, Pas wajib memutuskan hubungan kerjasama apabila DAP yang bertindak secara ekstrem menyentuh dasar Islam serta kepentingan dan keutamaan kepimpinan Melayu Islam, Bumiputera dan perkara lain secara terbuka.

“Pas juga berpendapat, sepatutnya UMNO juga mempertahankan prinsip dan konsep yang sama dalam perlembagaannya.

“UMNO yang dimasuki anai-anai politik yang merosakkan perjuangannya terus membarah dengan politik wang yang masuk ke dalam perebutan menjadi pimpinan parti di semua peringkat.

“Akhirnya, mereka menerima padah mengalami kelemahan yang ketara sehingga tumbang bersama kerajaannya dalam PRU ke-14 dan berikutnya,” katanya. –


INI NASEHAT

EDDDY WANG

PADA PERASUAH

KAH KAH KAH

JANGAN CAMPUR

GULAI BABI

DENGAN

 GULAI LEMBU

KAH KAH KAH

CAMPUR DENGAN

DUIT NAJIB

HALAL TALIBUN

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Duit Najib lebih halal dari daging toyok (babi) ke?. Perjuangan UmNO nak kayakan Melayu akan tersasar jika UmN0 terus beranchuk dgn DAP. Nak tanye semasa era Kutti, El-Tiduri UmNO merintah dgn siapa???.