Khamis, 4 Mei 2023

JARANG TERJADI TAPI TERJADI


Penunggang motosikal maut dipanah petir

SEORANG lelaki meninggal dunia akibat dipanah petir di jalan Kampung Seri Cheeding, Banting, kira-kira 25 kilometer dari Shah Alam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting dengan menunggang motosikal, kira-kira pukul 6.20 petang.

Katanya, semasa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa telah terkena panahan petir lalu jatuh dari motosikalnya dan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata orang awam yang melalui jalan itu membantu mengangkat mangsa dan diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi talian kecemasan dan bantuan ambulans, namun disahkan maut di tempat kejadian.

“Terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya dan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher kanan serta lebam pada bahagian perut dan paha akibat panahan petir selain luka di dagu dan lutut akibat jatuh dari motosikalnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata bedah siasat telah dilakukan 10 pagi tadi dan mendapati punca kematian adalah akibat panahan petir dan pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. – Bernama, 3 Mei, 2023.

JARANG BERLAKU

SEJUTA TAK

SEKALI

AMIN

INI TERJADI

AL-FATIHAH

AMIN

Tiada ulasan: