Selasa, 2 Mei 2023

KAVADI UNTUK PARTI ISLAM



Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS

KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PAS,  Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno,  Annuar Musa.

Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.

Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.

Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.

“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.

Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.

“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. –

WOIT

KAH KAH KAH

KINI PARTI ISLAM

PULA AKAN

MEMIKUL KAVADI

KAH KAH KAH

KHALAS


Tiada ulasan: