Ahad, 14 Mei 2023

PENDATANG HILANG - BAHAYA BESAR !!!


Lima PATI India, Pakistan rempuh pegawai Imigresen elak dicekup

MELAKA – Lima lelaki pendatang tanpa izin (PATI) warga India dan Pakistan sanggup memperjudikan nyawa berlari ke jalan raya yang sibuk dan merempuh pegawai Jabatan Imigresen dalam usaha meloloskan diri daripada ditahan semalam.

Tindakan itu bagaimanapun sia-sia apabila semua mereka ditahan anggota penguat kuasa imigresen yang terlebih dahulu sudah mengepung kawasan operasi berkenaan.

Pengarah Imigresen negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini, tindakan agresif sekumpulan PATI itu turut mengakibatkan kamera milik seorang pegawai terjatuh namun tidak menyebabkan kecederaan.

“Ketika berusaha untuk meloloskan diri, sekumpulan lima PATI warga India dan Pakistan ini sanggup membahayakan diri dengan berlari menuju ke jalan yang sibuk bagi mengelak ditahan.

“Mereka adalah antara 26 PATI terdiri daripada 22 lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 54 tahun yang ditahan dalam operasi bermula Jumaat lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anirwan Fauzee, operasi membabitkan 20 anggota imigresen bermula 11 pagi hingga 1.30 tengah hari di beberapa tempat di sekitar Bandaraya Melaka meliputi medan selera, restoran dan premis penempatan pekerja yang disyaki menjadi ‘sarang’ PATI.

Ketika operasi, seramai 72 orang warga asing yang diperiksa, 26 PATI ditahan masing-masing lima warganegara India dan Indonesia, Myanmar (13), Bangladesh (2) dan Pakistan (1) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri,.

“Operasi dijalankan susulan aduan awam mengenai kebanjiran PATI di kawasan terbabit dan antara kesalahan dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tamat tempoh dan lain-lain kesalahan,” katanya.

Tambahnya, semua kesalahan itu dilakukan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) 

TINGGAL LEBIH

MASA SATU

MASALAH BESAR

AMIN

INDIA PAKISTAN

SENANG HILANG

AMIN

CHINA MERAH

SENANG HILANG

AMIN

BERAPA RIBU

AGAKNYA 

WARGA CHINA

INDIA PAKISTAN

YANG TAK PULANG

AMIN

INI BAHAYA

UNTUK NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan: