Isnin, 5 Jun 2023

BERAPA KALI DAH BERLAKU


3 maut, 3 cedera dirempuh kereta di bawah jejambat NKVE

TIGA penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata dalam kejadian pada jam 5.59 pagi itu, tiga penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang lain mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Semua mangsa adalah lelaki tempatan dan berusia antara 19 hingga 37 tahun. Seorang mengalami cedera parah dan dirawat di zon merah dan dua lagi dirawat di zon kuning Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City Hatchback yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah ibu kota ke Cyberjaya hilang kawalan dan merempuh mangsa yang sedang berteduh.

“Ujian terhadap pemandu kereta turut mendapati beliau memandu dengan paras alkohol melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Katanya, pemandu kereta itu kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – Bernama, 4 Jun, 2023.

AL-FATIHAH

AMIN

DAH BERAPA

KALI PERKARA

INI BERLAKU ?

AMIN

SEMUA BAWA

MAUT

AMIN

KESEDARAN WAJIB

DI CANANGKAN

PADA PEMILIK

MOTOR

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: