Rabu, 21 Jun 2023

BEREBUT DAN BERGADUH


BN, Pakatan berebut 2 kerusi di Terengganu, kata sumber

DUA kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu masih lagi menjadi pertikaian dalam rundingan kerusi antara Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH), menurut beberapa sumber parti.

Sumber dalam PH mendedahkan ia melibatkan kerusi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu dan kerusi DUN Chukai dalam kawasan Parlimen Kemaman.

Selain BN, kerusi itu juga menjadi rebutan dua parti dalam PH, PKR dan Amanah, katanya yang enggan namanya disebut.

“Tuntutan dua kerusi itu terlalu bertindih di mana kerusi DUN Bandar menjadi rebutan antara BN-Umno, PKR juga Amanah.

“Sebelum ini DAP turut mahukan kerusi DUN Bandar ini, namun mereka kemudiannya menyerah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata kerusi DUN Chukai pula dituntut PKR tetapi BN-Umno menetapkan syarat supaya parti pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu tidak bertanding di seluruh Kemaman.

Sumber parti itu berkata antara alasan PKR menuntut kerusi tersebut kerana percaya mereka mempunyai peluang menang lebih tinggi jika bertanding di situ.

“Sebagai contoh di DUN Chukai, hakikatnya wakil rakyat PKR pernah menang di Parlimen Kuala Terengganu disebabkan itu PKR kuat di sana,” katanya.

Sumber itu merujuk kepada bekas ahli Parlimen Kemaman Abd Rahman Yusof yang memenangi kerusi itu dalam PRU10.

“Malah kita boleh katakan jentera PKR di DUN Chukai (lebih kuat) berbanding di Kuala Terengganu

“Tapi disebabkan Kemaman ini kawasan bekas menteri besar dan pengerusi BN Umno Ahmad Said maka diletakkan syarat tidak ada calon PH di kawasan DUN bawah Parlimen Kemaman,” katanya.

Begitu juga dengan kerusi DUN Bandar. PKR meletakkan yakin memenangi kerusi itu berdasarkan sokongan pengundi Cina terhadap PH di kawasan itu.

 “Secara peribadinya saya rasa kalau PH ingin mendapat kemenangan di Terengganu adalah dengan dua kerusi tersebut,” katanya.

Seorang lagi sumber parti mendedahkan, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi pada Khamis memutuskan Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat enam kerusi DUN.

Keputusan itu mengundang kekecewaan PKR negeri yang menuntut keseluruhan 11 kerusi DUN.

Sumber itu berkata PKR Terengganu begitu berharap dapat meletakkan calonnya di kerusi DUN Bandar kerana yakin mempunyai potensi menang di situ.

“Sebab kita ada rekod kemenangan di kerusi itu pada PRU13.

“Dan semasa PRU15 biarpun kita kalah di kerusi Parlimen Kuala Terengganu tapi data undian dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) menunjukkan sekitar 80% ke 85% pengundi Cina menyokong kita,” katanya.

Pada PRU14 PAS memenangi kerusi DUN Bandar melalui calonnya Ahmad Shah Muhamed dengan perbezaan 2,091 undi.

Kawasan DUN Bandar mempunyai pengundi daripada kaum Cina paling ramai di Terengganu iaitu sekitar 35% mengikut data PRU14 dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Chukai pula disandang Hanafiah Mat yang juga merupakan exco Terengganu selepas mengalahkan calon BN Umno dengan perbezaan 4,881 undi dalam PRU14.

Sumber mendedahkan PH menuntut kerusi DUN Bandar Batu Buruk, Bukit Payong, Tepoh, Jabi, Kota Putera dan Sura.

“Kerusi itu antara cadangan awal PH, tapi bagi kita kalau dapat, OK. Kalau tidak pun kita masih OK.

“Tidaklah kita terlalu bertegas sangat untuk kerusi tersebut. Sebab keutamaan PH adalah dua kerusi ini iaitu DUN Bandar dan Chukai,” katanya.

Isu agihan kerusi juga dibangkitkan ahli PKR negeri yang hadir dalam program dialog dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Nik Nazmi yang juga naib presiden PKR tidak menafikan perkara itu namun berkata agihan kerusi di negeri tersebut masih lagi dalam proses rundingan dan belum dimuktamadkan.

“Soal status rundingan kerusi, ini belum tamat, saya sebaik mungkin cuba selesaikan untuk PKR dapatkan kerusi DUN Bandar.

“Kita kena faham konteks rundingan sekarang berbeza dengan sebelum ini, sebab kita berunding dengan Umno.

“Rundingan kerusi sangat kompleks, kita kena pastikan kerusi yang kita minta itu merupakan kerusi boleh menang. Itu syarat dalam PRN (pilihan raya negeri),” katanya.

Pada masa sama menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim itu juga meminta ahli PKR memberikan kepercayaan dan sedikit masa lagi untuk pimpinan parti menyelesaikan isu tersebut.

“Bagi sedikit masa lagi untuk kami selesaikan isu ini, kita juga merancang untuk berunding untuk menambah jumlah kerusi lagi bagi PH.

“Kita percaya rundingan ini akan dapat diselesaikan dalam seminggu dua lagi,” katanya. – 21 Jun, 2023.

BERUNDING KE

BEREBUT ATAU

 BERGADUH

KAH KAH KAH

REBUT JANGAN

TAK REBUT

AMIN

PIKUL KAVADI

INI MEMANG BERAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: