Jumaat, 7 Julai 2023

KERAJAAN TAKDA PELAN EKONOMI


Kerajaan tiada pelan konkrit isu keterjaminan makanan, kata pakar


Kerajaan dilihat masih tiada mempunyai pelan konkrit berhubung isu keterjaminan makanan, meskipun kepimpinan negara sudah membincangkan perkara itu lebih 10 tahun lepas, kata pakar.

Penganalisis Ekonomi, Politik dan Hubungan Antarabangsa Herizal Hazri berkata, ini menyebabkan kerisauan berhubung pergerakan mata wang negara kerana Malaysia masih mengimport lebih separuh bahan makanan dari negara luar.

"Ini masalah besar. Saya telah buat banyak kajian dan membentangkan kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini betapa bahaya jika kita mengawal kebergantungan makanan kita di peringkat antarabangsa.

"Banyak kajian telah menunjukkan tidak ada ekonomi yang berasal dari pertanian berjaya mencapai berpendapatan tinggi tanpa memodenkan pertanian mereka," katanya dalam bicara Dialog Tiga Penjuru oleh Astro Awani malam tadi, yang membincangkan masalah kejatuhan nilai wang ringgit. 

Beliau yang merupakan bekas ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) berkata, situasi itu seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan di pasaran.  

Nilai ringgit menjadi perbualan ramai apabila ia semakin menyusut sejak beberapa bulan lepas, akibat daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan di Amerika Syarikat.

Susulan itu, Bank Negara (BNM) turut sebelum ini menaikkan kadar polisi semalaman (OPR) bagi mengekang inflasi dan mengawal kejatuhan ringgit. 

Bekalan asas menjadi isu selepas pandemik Covid-19 apabila rantaian bekalan terganggu akibat peperangan antara Ukraine dan Rusia, yang mana kedua-dua negara itu merupakan antara pengeluar gandum terbesar dunia. 

Harga ayam dan telur antara yang naik di Malaysia kerana bekalan dedak dan ubat ternakan unggas meningkat. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah bekalan makanan sejak pembentukan kerajaan perpaduan.

Antara keputusan yang dicapai ialah membuka pasaran Malaysia kepada import telur dari India.

Nilai import makanan Malaysia naik kepada RM75 bilion bagi tahun lepas dan dijangka mencecah RM100 bilion pada tahun 2025. 

Sementara Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia, Noor Azlan Ghazali berkata, kebergantungan terhadap import makanan bukanlah satu isu yang baru dibincangkan.

"Kalau kita lihat dokumen pembangunan, semuanya menyebut perkara sama. Namun perhatian kita terhadap masalah-masalah ini hanya muncul sekali-sekala," katanya. 

Menurut Azlan, perihal ekonomi tidak boleh dikaitkan dengan kepimpinan yang sedia ada semata-mata, susulan permasalahannya sudah wujud sejak sekian lama. 

Herizal menambah, perbincangan mengenai mata wang tering kali dikaitkan dengan kelemahan satu-satu kerajaan dan tidak kepada masalah struktur.

"Kita tidak pernah menangani masalah-masalah yang memungkinkan ekonomi terkesan jika mata wang kita jatuh." 

Dalam pada itu, bekas ahli parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, dasar pertanian tidak diubah suai untuk memberi hala tuju yang lebih baik kepada pemain industri.

"Projek kerajaan hanya kekal sebagai projek di sesetengah tempat dan tiada impak ekonomi jangka masa panjang yang lestari."

KITA BOLEH

TANAM MAKANAN

KENAPA TAK

TANAM ?

AMIN

KENAPA PERLU

IMPORT ?

AMIN

MULA KEMBALI

KEMPEN BUMI HIJAU

AMIN

TANAM SAYUR

TANAM BUAH

MANA ADA TANAH

KOSONG GUNAKAN

AMIN

JIKA TIDAK KITA

AKAN PARAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak cukai kaya nak bagi miskin nak cukai rajin nak bagi malas apa sistem ekonomi ini? Kah kah kah kalau manusia nak jadi kaya atau miskin itu hak dia, buat cara betul bagi orang layak bagi pangkat jawatan bagi peluang kepada yang rajin baru ekonomi baik, kita punya masalah asyik nak bagi orang malas kemudian nak repair kemalasan sampai tak berjaya kah kah kah, kalau aliran buruk orang tak percayalah sistem ekonomi ramai pakat pakat blah pelabur lah ke negara jiran sini nak jadi Taliban nak sistem asabiyah nak tunggang agama jadi unta, mana satu negara Arab baik, yang bawa kemajuan di Dubai pun semua orang asing cuma Dubai kaya dengan hasil minyak, pandai Arab ini cuma sedikit kah kah kah