Sabtu, 29 Julai 2023

RENCAM POLITIK



Baddrol, daripada pemain bola ke calon DUN Gurun


JERAI – Bekas Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar yang mewakili Perikatan Nasional (PN) buat pertama kalinya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun yang melibatkan saingan dua penjuru.

Baddrol bakal berdepan calon Pakatan Harapan (PH) yang merupakan Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Mohammed Firdaus Johari.

Mohammed Firdaus adalah abang kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari.

Baddrol yang berusia 35 tahun tiba bersama dua lagi calon PN bagi DUN Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd Samat

Kehadiran mereka diiringi lebih 1,000 penyokong.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, DUN Gurun dimenangi Johari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan meraih 10,732 undi namun beliau mengosonglan kerusi itu susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Disember lalu.

Sementara itu, kemunculan Baddrol diyakini bakal menarik sokongan pengundi PN untuk mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Kedah pada pilhan Raya negeri PRN, 12 Ogos ini.

Sebelum menyertai Sabah, Badrrol menabur bakti bersama Kedah selama 16 tahun.

Baddrol bermain untuk pasukan Kedah Darul Aman FC sejak 2006 dan pernah memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA sebanyak dua kali iaitu pada 2009 dan 2011 bersama skuad Malaysia B-23.

Kali terakhir beliau mewakili skuad negara pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2020. – 

POLITIK KITA

SENTIASA MENARIK

AMIN

RENCAM POLITIK

MAKIN PELBAGAI

AMIN

ADA RAPPER

ADA RAJA BOLA

ADA KLUSTER

MAHKAMAH

ADA KLEPTOKRAT

ADA PETI ALMARI

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

MENARIK RENCAM

BUDAYA KITA

YANG WAJIB

DI RAYAKAN

AMIN

Tiada ulasan: